Thursday, July 21, 2011 | By: ainjannah

MENTARI HIDUP


ISTERI SOLEHAH HANYA UNTUK LELAKI SOLEH


SOLAT ITU TIANG AGAMA


PENENANG JIWA (BAB 4)-MELATIH DIRI MENAHAN NAFSU DAN SYAHWAT


 
Allah SWT telah memberikan wahyu kepada Nabi Musa as:
  "Wahai Musa, jika engkau ingin Aku lebih dekat 
    kepadamu daripada ucapanmu kepada
   lisanmu,daripada keraguan hatimu, daripada
   rohmu kepada badanmu, daripada cahaya
   penglihatanmu kepada matamu dan daripada  
   pendengaranmu kepada telingamu, maka
   perbayakkanla selawat kepada 
   Muhammad SAW."



Allah SWT telah berfirman:
   "Hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan untuk
    esok ( hari Kiamat )."

  "Ketahuilah wahai manusia! Sesungguhnya nafsu yang memerintahkan kejahatan itu lebih memusuhimu daripada Iblis. Syaitan hanyalah peralatkan nafsu syahwat untuk menguasaimu. Janganlah engkau tertipu oleh nafsumu dengan segala angan-angan dan kepalsuan. Watak nafsu adalah berasa aman, suka berlengah-lengah, bersuka-suka dan malas. Setiap rayuannya, hancurlah engkau. Jika engkau lambat memperhitungkan tentu akan tenggelam. Jika engkau lemah melawannya, lalu mengikuti keinginannya, tentulah dia melemparmu ke Neraka. Nafsu tidak pernah menuju kebaikan. Ia sumber bencana. Dialah markas Iblis serta tempat segala keburukan yang hanya diketahui oleh Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui segala yang engkau perbuat, baik mahupun jahat.
     
   "Jika seorang hamba mahu merenungi umurnya yang telah lanjut untuk mencari Akhirat, maka renungan itu dapat mencuci hati. Seperti disebutkan oleh Rasulullah SAW:
     " Berfikir sesaat lebih baik daripada beribadah setahun."

Demikian dalam tafsir Abul-Laits. Maka sayugianya bagi orang yang berakal segera bertaubat atas dosa yang telah lalu dan memikirkan akan bekal mencapai keselamatan di Akhirat. Dia memutuskan angan-angan keduniaan, segera bertaubat, mengingati Allah, meninggalkan larangan-larangan-Nya, sabr menahan nafsu dan tidak memperturutkan keinginan syahwat. Ingat! Nafsu adalh berhala. Barangsiapa menuruti nafsu bererti menyembah berhala. Orang yang menyembah Allah, dialah yang mampu menahan nafsunya.

    "Diceritakan bahawa Malik bin Dinar berjalan di pasar Basrah. Dia melihat buah tin hingga tumbuh keinginannya terhadap buah itu. Dia membuka kasutnya dan dia memberitakan kepada penjual buah itu, seraya berkata, "Berilah aku buah itu," Dan si penjual itu melihat kasutnya lalu berkata, " Oh, ini tidak cukup!"
Kemudian Malik berlalu. Maka dikatakan kepada penjual itu, " Apakah engkau tidak mengetahui siapakah dia?" Penjual itu menjawab, "Tidak." Dikatakan kepadanya, "Dialah Malik bin Dinar." Dengan segera penjual itu meletakkan bakul di bahu pelayannya seraya berkata, "Jika dia menerima buah ini daripadamu, maka engkau merdeka!" Kemudian pelayan itu pergi mengikut Malik bin Dinar lalu berkata kepadanya, "Terimalah buah ini daripadaku." Tapi Malik bin Dinar menolak. " Terimalah, sebab di sinilah kemedekaanku." Kata pelayan itu lagi. Kemudian Malik menjawab, "Jika di sini kemerdekaan bagimu, maka di sini pulalah seksaan bagiku." Namun pelayan itu tetap juga mendesak-desak. Sehingga Malik berkata, "Aku bersumpah tidak akan menjual agama dengan buah tin dan aku tidak mahu makan buah tin sampai hari Kiamat!"
    "Diceritakan pula bahawa Malik bin Dinar sedang sakit menghadapi mautnya. Dia ingin segelas madu dan susu untuk dimakan dengan roti panas. Pelayan segera menyediakannya. Kemudian Malik mengambil dan memandangnya sejenak seraya berkata," Wahai nafsu, engkau telah bersabar selama tiga puluh tahun, padahal umurku tinggal sesaat lagi." Maka dia buang gelas itu daripada tangannya, dia tahan nafsunya hingga dia meninggal....Demikianlah sifat para anbiya, aulia, siddiqin dan zahidin serta orang-orang yang merindukan Allah.
   
       " Telah berkata Nabi Sulaiman bin Daud as:
    " Sesungguhnya mengekang nafsu itu lebih sulit daripada membuka sebuah kota sendirian."

     Ali bin Abi Talib ra juga berkata, "Aku dan nafsuku bagaikan gembala dengan kambingnya. Jika aku menahannya dari satu sisi, dia melompat dari sisi lain. Barangsiapa dapat menjinakkan nafsunya, dia akan dibungkus dengan kafan rahmat dan dikubur dalam bumi karomah. Tetapi barangsiapa membunuh hatinya, terbungkuslah dia dalam kafan laknat serta terkubur dalam bumi azab!"
    " Zahya bin Muaz Ar Razi berkata, "Perangilah nafsumu dengan taat dan riadhah (latihan rohani). Riadhah adalah mengurangi tidur, makan mahupun bercakap, menahan kepedihan daripada makhluk. Sedikit tidur akan mensucikan kehendak, sedikit berkata akan selamat daripada bencana. Dan menahan pedih dapat menghantarkan sampai ke puncak. Bahkan sedikit makan dapat menundukkan syahwat. Sesungguhnya banyak makan dapat mengeraskan hati dan menghilangkan cahayanya. Dan cahaya hikmah adalah lapar. Serta kenyang dapat menjatuhkan seseorang daripada Allah. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda:

   " Terangkanlah hatimu dengan lapar. Perangilah nafsumu dengan lapar 
      dan haus. Serta sentiasalah mengetuk pintu Syurga dengan lapar.
    Sesungguhnya pahala demikian itu bagaikan pahala pahlawan membela
    agama Allah. Dan sesungguhnya tidak ada amal yang lebih di sukai oleh
   Allah daripada lapar dan haus. Tidak akan masuk ke kerajaan langit
  seseorang yang memenuhi perutnya dan kehilangan lazatnya beribadah."

    "Telah berkata Abu Bakar Siddiq ra, "Aku pernah kenyang semenjak aku masuk Islam agar kutemukan lazatnya beribadah kepada Tuhanku. Dan aku tidak pernah minum puas semenjak masuk Islam kerana rindu berjumpa dengan Tuhanku. Ini kerana jika banyak makan akan sedikit beribadah. Sesungguhnya jika orang banyak makan beratlah badannya, mengantuk dan lemahlah anggota badannya sehingga tidak membuahkan sesuatu. Dia tidur melulu bagaikan bangkai terbuang." Demikianlah dalam kitab 'Minhajul Abidin'.
    
    " Daripada Lukman Al Hakim, dia berkata kepada puteranya, "Janganlah engkau banyak tidur dan makan. Barangsiapa memperbanyak keduanya, pada hari Kiamat dia miskin amal soleh." Ini tersebut dalam kitab 'Maniyyatul Mufti'.

    "Rasulullah SAW bersabda:
     "Janganlah engkau membunuh hati dengan banyak makan dan 
      tidur. Sesungguhnya hati akan mati bagaikan tanaman jika tergenang
      air."

   

Orang-orang soleh mentafsirkan perut ibarat kuali di bawah hati. Jika terisi bayak akan menggenangi ahti sehingga menjadi kotor dan hitam. Di samping itu banyak makan dapat mengurangi kecerdasan dalam mencari ilmu.

    Diceritakan daripada Yahya bin Zakaria as. Dia melihat Iblis membawa beberapa tali. Kemudian dia bertanya, "Apa itu?" Iblis menjawab, "Inilah 'syahwat'. Dengan ini akan aku iakt anak cucu Adam." Yahya as bertanya lagi, "Apakah pernah engkau mengikatku dengan itu?" Iblis menjawab, "Tidak. Hanya pada suatu malam engkau makan sampai kenyang kerananya aku beratkan engkau melakukan solat." Kemudian Yahya as berkata, "Sesungguhnya setelah kejadian itu aku tidak pernah kenyang selamanya." Demikianlah orang yang tidak pernah lapar selama hidupnya kecuali satu malam lalu mengharapkan lazatnya ibadah?


      Diceritakan juga daripada Yahya bin Zakaria as. Pernah satu kali dia kekenyangan makan gandum. Pada malam itu dia tertidur ketika berwirid. Kemudian Allah memberi wahyu kepadanya seraya berkata, "Apakah engkau menemukan rumah untukmu yang lebih bagus daripada rumah-Ku? Demi kemuliaan dan keagungan-Ku jika engkau melihat Syurga Firdaus lalu melihat Neraka Jahanam, pastilah engkau akan menangis mengeluarkan nanah sebagai ganti air mata dan engkau akan memakai besi bagi menggantikan kain.


( petikan  dari buku PENENANG JIWA-pengubatan & rawatan )
IMAM AL GHAZALI-terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB