Monday, September 5, 2011 | By: ainjannah

SUAMI DI SYURGA


Persoalan mengenai kehidupan berpasangan, suami isteri atau ikatan perkahwinan di syurga kelak pasti bermain di fikiran semua wanita beriman bukan? Pasti mereka ingin mengetahui siapakah suami mereka di sana. Ia akan dijawab mengikut dalil sahih dari Rasulullah s.a.w, namun segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t. Wallahua’lam.
Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)

CREDIT TO: http://mediasiber.com/siapa-suamimu-di-syurga-nanti/#comment-5853
Sunday, September 4, 2011 | By: ainjannah

PENENANG JIWA (BAB 6)-LUPA KEPADA ALLAH SWT

Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kedengkian dan penyesalan.

     Diceritakan bahawa sebahagian orang soleh bermimpi berjumpa dengan gurunya. Kemudian dia bertanya kepada guru itu, " Apakah kerugian yang lebih besar engkau rasakan?" "Apakah yang Allah lakukan terhadapmu?" Zun-Nun menjawab, " Allah memanggilku menghadap-Nya seraya berkata, "Wahai orang yang mengaku-ngaku, wahai pendusta, engkau mengaku cinta pada-Ku. Namun kemudian engkau melupakan-Ku."

    Engkau selalu lupa.
    Sedang hatimu tetap lalai.
    Padahal umur kian tiada.
    Namun dosamu semakin bertambah.

    Diceritakan pula seorang lelaki soleh bermimpi berjumpa ayahnya.
Kemudian dia bertanya, "Wahai ayah, bagaimanakah keadaanmu?" Ayahnya mengatakan, "Wahai anakku, dahulu aku hidup lalai dan mati pun dalam keadaan lalai."
   Tersebut dalam kitab 'Zahrir Riyadh', bahawa Yaaqub as bersahabat dengan Malaikat Maut. Maka suatu ketika Malaikat Maut datang kepada Yaaqub. Yaaqub berkata, "Wahai Malaikat Maut, engkau datang untuk berzirah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, " Untuk berziarah saja." Lalu Yaaqub berkata, " Aku mempunyai permintaan kepadamu." Malaikat Maut bertanya, " Apakah permintaanmu?" Yaaqub menjawab, "Bila ajalku telah dekat dan engkau hendak mencabut nyawaku, hendaklah kau beritahuku terlebih dulu." Malaikay Maut menjawab, "Baiklah, aku akan mengutuskan kepadamu dua atau tiga utusan." 
     
    Maka ketika ajal Yaaqub telah sampai, Malaikat Maut datang lagi kepadanya, lalu ditegur Yaaqub, "Apakah engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?" Malaikat Maut menjawab, "Aku datang untuk mencabut nyawamu." Yaaqub bertanya dengan hairan," Bukankah engkau telah berjanji kepadaku hendak mengutus dua atau tiga utusan terlebih dahulu?" Malaikat Maut menjawab, "Benar dan aku telah melakukannya. Putihnya rambutmu setelah hitam, lemahnya badanmu setelah kuat dan membongkoknya tubuhmu setelah tegap, itu adalah utusanku wahai Yaaqub kepada manusia sebelum ia mati."

    Waktu terus berlalu.
    Sedangkan dosa kian bertambah.
    Malaikat Maut datang bertamu.
    Namun hati tetap lalai.
    Nikmatmu di dunia.
    Hanyalah kepalsuan dan kerugian.
    Hidupmu di dunia.
    Adalah muhal dan batil.

     Abu Ali Ad Daqaqi berkata:
    "Aku datang menjenguk lelaki soleh sedang sakit. Dia dikerumuni oleh murid-muridnya. Dia memang seorang guru besar. Ketika itu dia kelihatan menangis. Padahal umurnya sudah lanjut. Maka kutanya dia. "Wahai Syeikh, apakah engkau menangis dunia ini?" Dia menjawab, "Bukan. Aku menangis kerana aku tidak dapat melakukan solat lagi." Dia menerangkan, "Kerana ini hari terakhir bagiku. Padahal aku sujud dalam keadaan lalai. Aku angkat kepalaku dalam keadaan lalai. Jangan-jangan aku mati dalam keadaan lalai juga." Kemudian dengan nafas terputus-putus dia membacakan syair:
hiasan
   
     Kufikirkan hari perhimpunan dan Kiamat.
     Juga tertanamnya pipiku dibawab pusara.
     Sendirian, tanpa teman, setelah mulia dan jaya.
     Tubuhku tergadai dengan tanah liat.
     Kurenungkan panjang dan lebarnya hisab.
     Juga hinanya makamku waktu diberi hisab.
     Namun harapanku kepada Engkau.
     Wahai Tuhanku.
     Wahai Penciptaku.
     Engkau ampuni kesalahanku.

      Dalam kitab 'Uyunil Akhbar' juga disebutkan. Daripada Syaqiq al Balkha, dia berkata:
     "Manusia itu berbicara tiga hal. Namun bertentangan dengan perbuatan mereka. "Kami hamba Allah." Akan tetapi mereka berbuat bebas. Mereka katakan, "Allahlah yang menanggung rezeki kami." Namun hati mereka akan tenang jika bersama harta. Ini bertentangan dengan ucapan mereka. Kemudia mereka berkata, "Kami mesti mati." Padahal mereka berbuat bagaikan orang yang tidak akan mati. Ini pun bertentangan dengan ucapan mereka. 
     
    Lihatlah dirimu wahai saudaku! Dengan badan yang mana engkau menghadap Allah? Dengan lisan apakah engkau akan menjawab-Nya? Lalu apa katamu jika Dia bertanya? Siapakah jawapan yang benar atas pertanyaan itu? Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu perbuat. Kemudian nasihatilah orang-orang mukmin agar tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan-Nya, serta agar mereka mengEsakan-Nya dalam bersendirian dan dalam ramai."
      Tersebut dalam Hadis daripada Rasulullah SAW, baginda bersabda:
    
     "Tertulis di Arasy: Aku menuruti orang yang taat kepada-Ku.
       Aku menyintai orang yang menyintai-Ku. Aku kabulkan orang
      yang berdoa kepada-Ku. Dan Ku-ampuni orang yang mohon
      ampun kepada-Ku."


     Hendaklah orang yang berakal taat kepada Allah dengan takut dan ikhlas. Redha terhadap keputusan-Nya. Sabar atas bala-Nya Syukur atas nikmat-Nya serta menerima atas pemberian-Nya.

     Allah SWT berkata, "Barangsiapa tidak redha dengan keputusan-Ku, tidak sabar dengan pemberian-Ku, tidak syukur atas nikmat-Ku, serta tidak menerima atas pemberian-Ku, hendaklah dia mencari Tuhan selain Aku."

      Seorang lelaki berkata kepada Hasan al-BAsri ra, " Aku tidak menemukan kelazatan dalam taat." Lalu Hasan berkata kepadanya, "Barangkali engkau memandang dalam wajah orang yang tidak takut kepada Allah." Ibadah bererti engkau meninggalkan segala sesuatu kerana Allah."

     Diceritakan bahawa seorang lelaki sedang bersolat. Ketika dia membaca 'Iyyaka nak budu' (Kepada-Mu aku menyembah) dia berasa dia telah menyembah Allah dengan bersungguh-sungguh. Tiba-tiba ada di dalam nuraninya ada yang mengetakan, "Engkau berbohong. Engkau hanya menyembah makhluk. "Segera dia bertaubat dan memisahkan diri daripada manusia. Ketika tiba malam dia solat dan sampai membaca 'Iyyaka nak budu', ada lagi yang berkata, "Bohonh. Engkau hanya menyembah kepada hartamu." Maka segera dia sedekahkan seluruh hartanya. Namun ketika dia solat lagi sampai membaca 'Iyyaka nak budu', ada yang berkata kepadanya, "Kini telah benar. Engkau telah menyebah Tuhanmu."
      Dalam kitab 'Raunaqul Majalis' diceritakan: Ada seorang lelaki yang kehilangan sukatan yang diperbuat daripada bulu. Dia tidak tahu siapa yang mengambilnya. Ketika dia sedang solat, tiba-tiba dia teringat siapa yang mengambilnya. Dengan sebab itu dia cepat-cepat menghabiskan solatnya dan berkata kepada pelayannya, "Pergilah kamu kepada si fulan. Ambillah sukatanku daripadanya." Pelayan itu bertanya, "Bila tuan mengingatinya?" Tuannya menjawab, "Ketika aku solat." Kemudian pelayannya berkata, "Rupanya tuan mencari sukatan, bukan mencari Allah." Hati tuannya tercuit. Lantas pelayan itu dimerdekakan berkat iktikadnya.

      Sayugianya bagi orang yang berakal hendaklah dia meninggalkan dunia menyembah kepada Allah, memikirkan apa yang akan dihadapinya, serta menghendaki Akhirat. Sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Allah:

      "Barangsiapa menghendaki tanaman (pahala) Akhirat,
       Kami tambahi pahalanya itu dan siapa menghendaki tanaman
       (pahala) dunia, Kami berikan kepadanya dan tiada akan
       bahagian Akhirat."                        (Q.S. Asy Syuura:20)

     Oleh kerana itu Abu Bakar ra mendermakan empat puluh ribu dinar secara sembunyi kepada Nabi SAW, serta empat puluh ribu dinar secara terang-terangan. Sehingga dia tidak mempunyai apa-apa lgi. Dan sesungguhnya Rasulullah SAW berserta keluarganya adalah orang yang berpaling dari dunia, keindahan dan kelazatannya.

( petikan  dari buku PENENANG JIWA-pengubatan & rawatan )
IMAM AL GHAZALI-terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB