

"Wahai
 saudariku yang muslimah , yang berada di jalan jihad , Saudari pula 
memainkan peranan yang penting di dalam lapangan jihad . Peranan saudari
 bermula dari rumah tangga , iaitu dengan mentarbiyyahkan 
generasi-generasi kita , membesarkan mereka dan menyiapkan mereka untuk 
berjihad."
Wanitalah yang memproses lelaki.Bagi 
wanita-wanita muslimat , mereka mengajar anak-anak tentang kehidupan 
dakwah , peperangan menghadapi musuh gerakan islam , sama seperti mereka
 menghafazkan anak-anak mereka surah dari Al-Quran
Begitu 
juga dengan al-ukhtul , muslimat yang menghidupkan roh jihad adalah 
menjadi pembantu kepada suaminya supaya berjihad , ia menggesa suaminya 
supaya berjihad , berdoa agar suaminya tidak akan pulang hidup-hidup , 
doakan agar suaminya pulang sebagai As-syahid. Bukannya menjadi fitnah 
kepada suaminya ataupun melemah dan menghalangnya.
Ia juga
 selalu mengelokkan penjagaan harta dan anak-anak suaminya sepanjang 
ketiadaan suaminya yang sedang berjihad.Pada masa dahulu seorang wanita 
muslimah itu memainkan peranan di medan jihad.mereka telah melakukan 
kerja memberi minum tentera dan merawat pejuang yang luka.Bahkan 
kadangkala seorang wanita yang dipilih turut menghunuskan senjata 
mempertahankan maruah Islam , agar matinya asbab kerana mempertahankan 
Islam!Contohnya ialah seperti yang telah dilakukan oleh ummu nusaibah 
binti kaab kerana mempertahankan Rasulullah S.A.W dalam peperangan Uhud.
(Mustafa Mashyur)
(Mustafa Mashyur)
"Lalu
 masihkah ada lagi wanita-wanita yang jurangnya amat jauh dengan 
dirimu?,yang selalu bertegur sapa dan masih ada yang mencurigaimu?wanita
 yang jaraknya amat jauh untuk didekati , walaupun dekat di kalangan 
kita."
Persoalan itu bagaikan musuh-musuh yang mesti 
diperangi , apa yang mengesankan ialah jawapan kepada musuh kita ialah 
diri kita sendiri.Diri kita yang lemah dari segi akhlak , lemah dari 
segi akidah , lemah dari segi tarbiyyah , lemah dari segi fikrah.
Perjuangan
 itu menempah susah kerana maharnya amatlah berharga.Janganlah ada 
diantara kita meninggalkan lapangan ini , meninggalkan jemaah umpama 
seekor biri-biri yang keseorangan ia senang menjadi sasaran musuh-musuh 
islam.
Usrah bukan berlaku di dalam bilik sahaja tetapi 
ianya bertebaran di tengah lapang yang boleh dilihat kebaikannya. 
Kemudiannya jurang yang amat jauh adalah jurang yang perlu didekati , 
ukhwah dan ehsan menjadi rutin bersahabat , kesannya jarak yang amat 
didekati adalah sifat mahabbah sesama ummat.
Dalam 
kenangan : Mujahidah yang cekal walaupun dipenjara & diseksa Zainab 
Al-Ghazali , dipenjarakan bersama adik kepada syed Qutb (Mujahidah 
Hamidah), Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat pada 3 Ogos 2005 di
 Masjid Rabia’tul Adawiyah. Lahir di buhaira Mesir pada tahun 1917 , 
berketurunan Saidina Umar (R.A)





