Friday, January 7, 2011 | By: ainjannah

Aku masih muda, buat apa nak ambil insuran...

Memang betul, banyak orang muda tidak mahu mengambil insurans. Sebab alasan yang selalunya digunapakai ialah masa muda tak ada lagi penyakit.

Anda kena tahu, ambil insurans waktu muda la bagus. Sebab insurans takkan cover kita jika kita dah ada penyakit bila kita dah berumur nanti.

Contohnya, batu karang:

Sekarang umur 24 tahun , sudah ambil insuran. Umur 30 kena batu karang and nak operation RM10K. Second operation RM15K. Total 25K. Tidak termasuk penginapan tu.
So insuran akan cover semuanya.

Tapi bila dah umur 30, didapati ada penyakit batu karang tapi baru terhegeh-hegeh nak ambil insuran.. Pre-existing disease before taking insurance will not be covered..


So muda la bagus.

Insurans tak mahal, bermula dari RM100 sebulan sahaja.

Ada orang kata, insurans rugi je.. baik simpan sendiri

Ok. Simpan sendiri pun boleh.

RM100 x 12 = RM1200

Konon la dah simpan 3 tahun = ada RM3600

Tetiba sakit, kene rawatan berharga RM16k.. mane nak cari duit?

so itu la bagusnya insurans

So fikir-fikir la yer...

Apa lagi faktor untuk memilih insurans..

Pilih la ejen yang akan bertanggungjawab menolong anda claim insurans bila anda susah nanti.

jangan cari ejen yang hanya nak jual sahaja dan kemudian senyap.

bila anda terlantar , anak isteri tak tahu macam mana nak claim.. so saya sebagai ejen bertanggungjawab menolong anda.

Anda ingin tahu lebih pasal insurans. email saya di jannah_sp87@yahoo.com.my
Tuesday, January 4, 2011 | By: ainjannah

bebas hutang dengan takaful.....

Nabi SAW bersabda :-
يغفر للشهيد كل شيء إلا الدين
Ertinya : " Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38) 

bebaskan belenggu hutang anda dengan polisi takaful.....jangan biarkan nasib kita seperti dalam keterangan hadi di atas....anda mampu merubahnya..... 
HANYA RM 200.00 SEBULAN SEHINGGA ANDA BERUMUR 70 TAHUN DILINDUNGI....



1.      MANFAAT KOS RAWATAN HOSPITAL
 
a.      Medical Card RM500,000.00
b.      Elaun Tunai Harian (RM100.00*1 Hari)
c.       Elaun ICU
d.      Elaun Pembedahan (RM2000.00)
e.      Elaun Hilang Upaya.  

       
        PAMPASAN ( LUMP SUM) RM30,000*anggaran

 
a.      Kematian + Khairat kematian
b.      Hilang Upaya
c.       36 Penyakit Kritikal
d.      Kemalangan



1.      CARUMAN PERCUMA*CONTRIBUTOR
(sekiranya disahkan penyakit kritikal @ hilang upaya kekal menyeluruh)

1.      PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN-sehingga RM8000.00.
 
1.      LOAN GUARANTOR*penjamin-KERETA @ RUMAH

 1.    AMAL JARIAH UNTUK BEKALAN SEUMUR HIDUP DI DUNIA DAN AKHIRAT



Sunday, January 2, 2011 | By: ainjannah

MAKLUMAT KESIHATAN YG ANDA PERLU TAHU MAKLUMAT INI ADALAH BENAR

1. Jika anda makan satay, jangan pula lupa timunnya, sebabnya
memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran
akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu?
(Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula
adalah anti-karsinogen.

2. Jangan makan udang selepas mengambil pil vitamin C ! Yang mana anda
akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.

3.Barah akibat penggunaan bahan dalam Shampoo. Balik rumah dan
pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika
kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth
Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah
dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo
yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul
Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature
Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah
satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal.
Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan
dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami
tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh
mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee
Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk
penghasilan busa.

4.Kepada penggemar makanan jenis mee segera (tak kiralah maggi,
koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari
selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya.
Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya
telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu
berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee
segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah
dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni
dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya
membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil
mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah.
Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang
badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem
badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang
mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia
tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap
barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera
bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'. Kalau
istilah James Bond, 'Licence to kill!'

5.Bawang Goreng segera, Seorang kawan melawat ke sebuah
perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat
banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa
yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama
gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut
dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab
itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara
tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang
singkat sahaja. Sebarkanlah maklumat ini kepada orang- orang yang anda
sayangi dan pengguna yang masih belum disedarkan lagi.

Al-Kisah Sebuah Jam Dinding

Adalah sebuah kisah di satu perkampungan yang miskin. Pada waktu itu, jam dinding adalah suatu objek yang baru nak glemer. Orang yang paling kaya kat kampung tu ialah Pak Sudin. Suatu hari Pak Sudin berhasil membeli sebuah jam dinding untuk dijadikan perhiasan di rumahnya. Oleh sebab beliau tidak tahu menggunakannya, ia hanya dijadikan sebagai perhiasan.

Keupayaan jarum jam bergerak membuatkan ramai orang kampung yang ingin melihat sendiri jam dinding tersebut. Semakin hari semakin ramai yang datang ke rumah Pak Sudin untuk melihat jam dinding tersebut selama beberapa jam. Pada suatu hari, jarum jam tersebut tiba-tiba berhenti. Orang kampung yang pelik melihat jarum jam tersebut terus memberitahu Pak Sudin. Sebagai pemilik jam dinding tersebut Pak Sudin pun ingin menunjukkan keupayaan beliau didepan orang kampung.

Pak Sudin pun menurunkan jam dinding tu dan terus membelek depan belakang untuk mengetahui puncanya. Beliau ternampaklah bateri jam telah keluar dari tempatnya dan ada pulak bangkai seekor lipas dicelah tempat letak bateri tu. Pak Sudin pun dengan bangganya memberitahu kepada penduduk kampung..."Patutlah tak jalan, drebarnya mati tersepit!".

Credits: http://www.wowberita.com