Assalamualaikum....selamat pagi-dah merangkak ke tengah hari pun..hihihi..
Anda sihat hari ini..mulakan hari kita dengan ceria-ceria selalu....
Hari ini saya cuma nak share lirik lagu Anuar Zain yang terbaru (lama dah)..Sedetik Lebih...Walaupun liriknya lebih bersifat kepada seorang kekasih hati..namun kita masih boleh anggap ia memiliki
UNSUR KETUHANAN..
sebab lirik lagunya tidak menyatakan hanya perasaan cinta tetapi lebih kepada pengorabanan cinta seorang kekasih kepada kekasihnya..selamat menghayati lirik lagu di bawah....:)
SEDETIK LEBIH-ANUAR ZAIN
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
***Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu
![]() |
Anuar Zain |
0 comments:
Post a Comment