Friday, May 20, 2011 | By: ainjannah

Lelaki idaman saya adalah...

Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...
Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...
Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...
Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...
Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...
Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...
Tips Cinta ini telah dikirimkan oleh saudari Zulira Mohmad.
Thursday, May 19, 2011 | By: ainjannah

CINTA

apa makna cinta...aku sendiri kurang mengerti....
benarkah cinta akan hadir tanpa diduga...
menyerang si lemah yg sedang goyah kerana tiada yg melindungi hatinya...
argghhh...aku bingung...tidak mengerti apa yg harus diperbuat lg....
tetapi yg pasti..hati ini telah mengenali erti cinta itu.....
satu nikmat kurniaan ILAHI yg tidak terperi rasa indahnya....
TERIMA KASIH YA ALLAH...KERANA RASA CINTA INI YG HADIR BERSAMA REDHA DARIMU...
SAMPAIKAN SALAM CINTA INI PADANYA YG TURUT MENCINTAIMU...
SEDALAM CINTAMU PADA HAMBA-MU YG KAU REDHAI.....
Wednesday, May 18, 2011 | By: ainjannah

MENCARI SESUATU

hari ini aku menulis dlam blog nie buat pertama kalinya.....sebelum ni hanya copy paste je dr blog org lain..heeeheee..tahlah...aku sebenarnya ingin sekali mempunyai seseorang yg boleh menjadi sebahagian dari diriku...tetapi tidak mungkin..kerana aku ni siapa....
dalam keresahan hati ini...sesekali aku memanjat doa kehadrat ilahi....memohon petunjuk kedalam hati ini...menetapkan keutamaan iman dlam mencari pasangan hidup....masihkah ada ruang untukku.....

bagaimana harus aku mencarinya....dimana dia berada....bagaimanakah rupanya....adakah dia akan mengenali aku sebagai jodohnya....jodoh yg ALLAH tetapkan bgku dengan dirinya....