BIODATA RASULULLAH SAW Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah). Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah. Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim. Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf. Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW). Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab). Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah). USIA 5 TAHUN Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya. USIA 6 TAHUN Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib. USIA 8 TAHUN Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib. USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun). Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu. USIA 20 TAHUN Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah. USIA 25 TAHUN Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah. Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham. USIA 35 TAHUN Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut. USIA 40 TAHUN Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman. USIA 53 TAHUN Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq. Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M. USIA 63 TAHUN Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi. ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW Khadijah Binti Khuwailid. Saudah Binti Zam'ah. Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar). Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab). Ummi Habibah Binti Abu Sufyan. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah). Zainab Binti Jahsy. Maimunah Binti Harith. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin). ANAK-ANAK RASULULLAH SAW Qasim Abdullah Ibrahim Zainab Ruqaiyah Ummi Kalthum Fatimah Al-Zahra ' ANAK TIRI RASULULLAH SAW Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda). SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN Thuwaibah Hamzah Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad SAUDARA SUSUAN Halimah Al-Saidiyyah Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB) Al-Harith Muqawwam Zubair Hamzah *** Al-Abbas *** Abu Talib Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza) Abdul Ka ' bah Hijl Dhirar Umaimah Al-Bidha (Ummu Hakim) Atiqah ## Arwa ## Umaimah Barrah Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) *** *** Sempat masuk Islam. ## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya. Sabda Rasulullah SAW: "Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas ) Nabi Muhammad SAW - Manusia agong KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah: Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw Aku melihat cahaya dari lidahnya. Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit. Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan. Rasulullah umpama matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah. Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama. Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona. Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti bulan purnama. Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah. Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut. Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya. Mulut baginda sederhana luas dan cantik. Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan. Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya. Janggutnya penuh dan tebal menawan. Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah. Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya. Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi. Rambutnya terbelah di tengah. Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat. Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa. Seimbang antara kedua bahunya. Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik. Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut. Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya. Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit baginda putih kemerah-merahan. Warna kulitnya putih tapi sihat. Sumber: http://www.islam2u.net Also plz like this page: https://www.facebook.com/pages/Nabi-Muhammad-saw-Junjungan-Kami/213286908735866 |
SALAM UKHWAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM.....
Pages
ALLAH YA RABB-

ISLAMIC CLOCK

Followers
Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
About this blog
Memahat cita-cita PU
Cita-cita adalah sesuatu
yang sangat mulia dan
ia juga dikategorikan
sebagai niat. Cita-cita
diikuti dengan perjuangan
yang bersungguh-sungguh
bagi mencapainya berbeza
dengan panjang angan-angan
yang hanya mimpi kosong
tanpa sebarang pergerakan.
Bila sesaorang itu ada
cita-cita yang besar ia
akan mendapat tentangan
dari persekitaranya kerana
semangat dalam dirinya
sudah tidak melihat lagi
besarnya rintangan yang
akan dilaluinya. Dia perlu
memakai pakaian sabar
untuk terus mengekalkan
cita-citanya kerana proses
kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan
orang-orang yang
bersama-samanya agar
kuat berdiri mengharungi
badai yang terus menerjah.
Bila cita-cita sudah mula
menampakkan hasil
kepenatannya juga semakin
hilang bagai nakhoda
yang mula terpandang
kepada daratan.Bagitulah
bermulanya kejayaan mereka
yang telah memahat sejarah
dunia hasil dari sebuah cita-cita.
Oleh sebab itu hidup perlukan
cita-cita,perjuangan perlukan
cita-cita dan kejayaan
juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-citamu
di bulan,nanti bintang
akan berguguran diribaanmu.
USAHAWAN HPA
usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya
bertemu usahawan itulah rezeki
kerana usahawan
membawa peluang
kepada yang mahu mengubah diri sendiri
hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari
kelemahan orang lain
masa bagi usahawan paling penting menyusun,
merancang dan mengatur
yang paling penting usahawan tidak takut
dengan persaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata
istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
dibalik gagal ada kejayaaan
putus asa pula pintu kekufuran
cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan
penuh wawasan
pengalaman lampau
jadi degree usahawan
mengalahkan mereka
yang punya kelulusan
yang mampu merangcang,
tapi tiada pengalaman
kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya memiliki
yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri
usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan
usahawan sendiri akan ditulis
orang suatu hari nanti
yang penting
usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat perjuangannya
amat kasih usahawan
pada Rasulnya amat cinta usahawan pada Tuhannya
Blogroll
- KHALIFAH
- SUATU PERJALANAN MAYA
- MY BLOG
- CERITA AGAMA
- MYMETRO
- ISU HANGAT
- wanitamelayuseksa
- KEHIDUPAN KITA
- ChipChoclate
- ISLAM AGAMA SYUMUL
- ISLAMIC FINDER
- hadith-qunut-subuh-adalah-sahih
- ADUAN RAKYAT ONLINE
- KOLEKSI PUISI DAN PANTUN
- NEGARA BERKEBAJIKAN PAS
- doa-yang-ditulis-mengelilingi-arasy
- MASANYA MEMILIH JALAN LURUS
- GEMERLAPKAN HATIMU DENGAN CINTA ALLAH
- PENGURUSAN DEMAM
- NASYID ZONE
- KOLEKSI CERPEN & NOVEL
- BACA QURAN ONLINE
instrumental

Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
MESEJ ME
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Yo'ur My Destiny, Come Closer I Want To Hold Both Your Hands And Fall Asleep Next To You Yo'ur My Everyting You'll A...
-
Terjah pelik 1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi). Dengan Nama Allah Yang Maha...
-
Produk baru dari HPA. Kini di pasaran. PRODUK PUERARIA (HERBA WANITA) KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA 1. Menyeimban...
-
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi ...
-
Assalamualaikum... Hissh..hati ni rindu je dengan kenangan lalu..huhu...tapi tak mengapa, setiap kenangan yang tercipta akan menjadi satu ...
-
Assalamualaikum....selamat pagi-dah merangkak ke tengah hari pun..hihihi.. Anda sihat hari ini..mulakan hari kita dengan ceria-ceria sela...
-
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya article...sebab memberi peluang untuk sama2 mengembangkan pendapat dan pandangan bg mel...
-
KHALIFAH: TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA: Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kia...
-
Allah telah berfirman: “Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh.” (al-Mu’minun: 51) Tuhan telah mem...
-
Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kede...
bunga api
WANITA SOLEHAH
Biodata Rasulullah s.a.w.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ainjannah
- saya seorang yg simple.. boleh kita berkenalan untuk mengeratkan silaturrahim sesama islam...ataupun bukan islam.... (kawan apa salahnya)
SAYIDINA ALI ABU TALIB RA
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.


MARI BERSEDEKAH
Total Pageviews
98392
Blog Archive
-
►
2012
(2)
- ► 09/30 - 10/07 (1)
- ► 06/24 - 07/01 (1)
-
▼
2011
(114)
- ► 12/18 - 12/25 (1)
- ► 12/04 - 12/11 (3)
- ► 11/20 - 11/27 (3)
- ► 10/30 - 11/06 (3)
- ► 10/23 - 10/30 (5)
- ► 10/16 - 10/23 (5)
- ► 10/09 - 10/16 (2)
- ► 10/02 - 10/09 (6)
- ► 09/25 - 10/02 (3)
- ► 09/18 - 09/25 (3)
- ► 09/04 - 09/11 (2)
- ► 08/21 - 08/28 (1)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (5)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 07/17 - 07/24 (6)
- ► 07/10 - 07/17 (5)
- ► 07/03 - 07/10 (16)
- ► 06/26 - 07/03 (2)
- ► 06/19 - 06/26 (12)
- ► 06/12 - 06/19 (1)
- ► 05/15 - 05/22 (3)
- ► 04/24 - 05/01 (1)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 04/10 - 04/17 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (1)
- ► 03/27 - 04/03 (1)
- ► 03/06 - 03/13 (1)
- ► 01/30 - 02/06 (4)
- ► 01/23 - 01/30 (3)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
- ► 01/02 - 01/09 (4)
-
►
2010
(6)
- ► 12/26 - 01/02 (2)
- ► 12/19 - 12/26 (4)
0 comments:
Post a Comment