Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi. Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata ya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apakat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir camner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allahni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah... 1 minit untuk mengingati Allah...Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan: *SUBHANALLAH *ALHAMDULILLAH *LA I LAHA ILLALLAH *ALLAHU AKBAR *ASTAGHFIRULLAHAL 'AZIM *LA ILAHA ILLALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH *ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABARIK ALA SAYYIDINA MUHAMMAD *WA AALIHI WA SAHBIHI AJMA'EEN Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan. Sebarkan kepada sahabat anda dan anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingati, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH Yang Maha Esa dan Nabi Muhammad Alaihisallam. Dalam masa yang sama sahabat2 sekelian juga akan mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di AMIN oleh para Malaikat, INSHAALLAH. Oleh itu...duduklah sambil merenungi betapa kekuasaan Allah dalam kehidupan kita seharian kerana melakukan segala yang diredhoiNya. Bersamalah kita berdoa agar sentiasa di beri nikmat kesejahteraan dan kelapangan akal dan fikiran dalam kita menjalani kehidupan seharian dalam apa jua yang kita kerjakan. |
SALAM UKHWAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM.....
Pages
ALLAH YA RABB-

ISLAMIC CLOCK

Followers
Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
About this blog
Memahat cita-cita PU
Cita-cita adalah sesuatu
yang sangat mulia dan
ia juga dikategorikan
sebagai niat. Cita-cita
diikuti dengan perjuangan
yang bersungguh-sungguh
bagi mencapainya berbeza
dengan panjang angan-angan
yang hanya mimpi kosong
tanpa sebarang pergerakan.
Bila sesaorang itu ada
cita-cita yang besar ia
akan mendapat tentangan
dari persekitaranya kerana
semangat dalam dirinya
sudah tidak melihat lagi
besarnya rintangan yang
akan dilaluinya. Dia perlu
memakai pakaian sabar
untuk terus mengekalkan
cita-citanya kerana proses
kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan
orang-orang yang
bersama-samanya agar
kuat berdiri mengharungi
badai yang terus menerjah.
Bila cita-cita sudah mula
menampakkan hasil
kepenatannya juga semakin
hilang bagai nakhoda
yang mula terpandang
kepada daratan.Bagitulah
bermulanya kejayaan mereka
yang telah memahat sejarah
dunia hasil dari sebuah cita-cita.
Oleh sebab itu hidup perlukan
cita-cita,perjuangan perlukan
cita-cita dan kejayaan
juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-citamu
di bulan,nanti bintang
akan berguguran diribaanmu.
USAHAWAN HPA
usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya
bertemu usahawan itulah rezeki
kerana usahawan
membawa peluang
kepada yang mahu mengubah diri sendiri
hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari
kelemahan orang lain
masa bagi usahawan paling penting menyusun,
merancang dan mengatur
yang paling penting usahawan tidak takut
dengan persaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata
istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
dibalik gagal ada kejayaaan
putus asa pula pintu kekufuran
cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan
penuh wawasan
pengalaman lampau
jadi degree usahawan
mengalahkan mereka
yang punya kelulusan
yang mampu merangcang,
tapi tiada pengalaman
kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya memiliki
yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri
usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan
usahawan sendiri akan ditulis
orang suatu hari nanti
yang penting
usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat perjuangannya
amat kasih usahawan
pada Rasulnya amat cinta usahawan pada Tuhannya
Blogroll
- KHALIFAH
- SUATU PERJALANAN MAYA
- MY BLOG
- CERITA AGAMA
- MYMETRO
- ISU HANGAT
- wanitamelayuseksa
- KEHIDUPAN KITA
- ChipChoclate
- ISLAM AGAMA SYUMUL
- ISLAMIC FINDER
- hadith-qunut-subuh-adalah-sahih
- ADUAN RAKYAT ONLINE
- KOLEKSI PUISI DAN PANTUN
- NEGARA BERKEBAJIKAN PAS
- doa-yang-ditulis-mengelilingi-arasy
- MASANYA MEMILIH JALAN LURUS
- GEMERLAPKAN HATIMU DENGAN CINTA ALLAH
- PENGURUSAN DEMAM
- NASYID ZONE
- KOLEKSI CERPEN & NOVEL
- BACA QURAN ONLINE
instrumental

Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
MESEJ ME
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Yo'ur My Destiny, Come Closer I Want To Hold Both Your Hands And Fall Asleep Next To You Yo'ur My Everyting You'll A...
-
Terjah pelik 1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi). Dengan Nama Allah Yang Maha...
-
Produk baru dari HPA. Kini di pasaran. PRODUK PUERARIA (HERBA WANITA) KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA 1. Menyeimban...
-
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi ...
-
Assalamualaikum... Hissh..hati ni rindu je dengan kenangan lalu..huhu...tapi tak mengapa, setiap kenangan yang tercipta akan menjadi satu ...
-
Assalamualaikum....selamat pagi-dah merangkak ke tengah hari pun..hihihi.. Anda sihat hari ini..mulakan hari kita dengan ceria-ceria sela...
-
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya article...sebab memberi peluang untuk sama2 mengembangkan pendapat dan pandangan bg mel...
-
KHALIFAH: TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA: Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kia...
-
Allah telah berfirman: “Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh.” (al-Mu’minun: 51) Tuhan telah mem...
-
Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kede...
bunga api
WANITA SOLEHAH
ALLAH S.W.T SENTIASA BERSAMA KITA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ainjannah
- saya seorang yg simple.. boleh kita berkenalan untuk mengeratkan silaturrahim sesama islam...ataupun bukan islam.... (kawan apa salahnya)
SAYIDINA ALI ABU TALIB RA
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.


MARI BERSEDEKAH
Total Pageviews
98400
Blog Archive
-
►
2012
(2)
- ► 09/30 - 10/07 (1)
- ► 06/24 - 07/01 (1)
-
▼
2011
(114)
- ► 12/18 - 12/25 (1)
- ► 12/04 - 12/11 (3)
- ► 11/20 - 11/27 (3)
- ► 10/30 - 11/06 (3)
- ► 10/23 - 10/30 (5)
- ► 10/16 - 10/23 (5)
- ► 10/09 - 10/16 (2)
- ► 10/02 - 10/09 (6)
- ► 09/25 - 10/02 (3)
- ► 09/18 - 09/25 (3)
- ► 09/04 - 09/11 (2)
- ► 08/21 - 08/28 (1)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (5)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 07/17 - 07/24 (6)
- ► 07/10 - 07/17 (5)
- ► 07/03 - 07/10 (16)
- ► 06/26 - 07/03 (2)
- ► 06/19 - 06/26 (12)
- ► 06/12 - 06/19 (1)
- ► 05/15 - 05/22 (3)
- ► 04/24 - 05/01 (1)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 04/10 - 04/17 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (1)
- ► 03/27 - 04/03 (1)
- ► 03/06 - 03/13 (1)
- ► 01/30 - 02/06 (4)
- ► 01/23 - 01/30 (3)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
- ► 01/02 - 01/09 (4)
-
►
2010
(6)
- ► 12/26 - 01/02 (2)
- ► 12/19 - 12/26 (4)
0 comments:
Post a Comment