Apakah hakikat kehidupan?
Adakah perkara-perkara yang anda lakukan sehari-hari adalah signifikan terhadap hidup yang singkat?
Budaya idola yang melanda seluruh dunia (K-pop, Lady Gaga dan Justin Bieber, Akademi Fantasia) membuatkan masyarakat menghabiskan terlalu banyak masa mengikuti perkembangan idola-idola mereka. Apa yang dibuat oleh idola mereka pula? Hanya berlatih hari demi hari, jam demi jam, hatta minit demi minit, dan bergerak dari pentas ke pentas untuk menghiburkan peminat-peminat mereka. Mereka mempamerkan suatu ‘imej rekaan’ supaya disenangi oleh si peminat(terutama budaya K-pop), sedangkan imej sebenar mereka adalah berbeza. Jadi si peminat memuja, memekik melolong meminati suatu ‘imej rekaan pentas’, yang diperagakan oleh seorang idola. Itulah kitar hidup seorang peminat dan seorang idola. Adakah itu menunjukkan suatu kehidupan? Melakukan sesuatu yg tak bererti untuk menyokong sesuatu yang tak bererti. Ia adalah suatu kitaran ketidakberertian.
Kita menonton televisyen. Banyak program menarik. Setiap hari banyak jam yang dileburkan untuk mengetahui kisah lanjut drama-drama cinta murahan yang ‘direka’. Terlalu sedikit karya yang mencabar otak dan membuat kita berfikir. Biarpun sedar apa yang ditonton adalah fiksi murahan, namun apa yang ditonton oleh mata dihadam sebagai ‘sesuatu yang benar terjadi’ oleh otak. Maka, kita akan rasa begitu ‘engaged’ dengan cerita yang ditonton, walaupun kita tahu hakikat bahawa semuanya adalah rekaan. Jadi kita berbincang bersama teman sepejabat, dan jiran, “Watak A tak patut buat watak B begitu”, dan “Tak sabar nak tunggu episod seterusnya”. Sutradara dan pelakon akan terus meleburkan masa dalam hidup mereka untuk menghasilkan karya picisan yang akan terus meleburkan pula masa si penonton. Adakah itu sesuatu yang bererti? Satu lagi kitaran lengkap ketidakberertian.
Fungsi asal otak adalah untuk berfikir. Fitrah manusia, kita berfikir untuk merungkai erti kehidupan. Itulah tujuan akal, untuk mencari suatu keberertian.
Setiap perkara di dunia akan cuba kembali ke keadaan asal (seperti metal yang akan cuba kembali menjadi ore seperti fitrah kewujudannya). Apabila hidup ini terlalu dipenuhi dengan perkara tidak bererti dan ‘mengkhayalkan otak’, jadi sekali kita berhenti melakukan aktiviti2 tidak bererti ini (seperti ketika kita berseorangan, tidak melakukan apa-apa di rumah atau yang seumpa dengannya), maka otak kita akan cuba kembali ke ‘hakikat asalnya’-berfikir dan berfungsi untuk mencari keberertian hidup.
Pada ketika itu, kita akan mula berasa suatu cetusan kesedaran, bahawa semua ketidakberertian (aktiviti-aktivit lagha) yang selama ini kita lakukan dan gelumangi, adalah sebenarnya suatu kesepian dan kepalsuan, seperti logamaya.
Saat itu, kita berasa kosong.
Namun, kita tidak suka rasa kekosongan itu padahal ia adalah suatu kebangkitan kesedaran (actualization) yang berlaku pada otak kita. Kita cipta pula aktiviti-aktiviti tidak bererti yang lain, supaya rasa kekosongan itu akan hilang. Karaoke, wayang, clubbing, lepak dan sebagainya, semuanya ibarat logamaya semata-mata. Bagai terawang-awang dalam kenikmatan.
Apa ertinya kehidupan kita? Kita sudah tidak mahu lagi hidup seperti zaman bilamana semua manusia cuba merungkai apa itu kehidupan.; Bagaimana alam ini berfungsi?; Bagaimana cara alam ditadbir Tuhan?; dan sebagainya.
Ilmu yang kita pelajari di universiti hanyalah untuk mendapat mendapat satu jawatan yang bidang kerjanya diruncingkan hanya kepada aplikasi yang tidak pun menggunakan sepenuhnya falsafah cabang ilmu yang kita pelajari. Sekali dapat duit gaji, kita juga akan laburkan ke arah aktiviti-aktiviti tidak bererti. Otak kita akan terus berkarat dan berkarat, dan akhirnya sukar lagi untuk berfungsi dengan baik. Kita tidak kisah semua itu, asalkan dapat duit, dapat hidup (walaupun secara tidak bererti). Kita belajar pandai-pandai hanya untuk menjadi bodoh semula.
Apa yang boleh kita lakukan? Tiada apa-apa. Kerana kita bagai telah ditelan oleh iluminati. Tiada lagi jalan keluar.
Saya memandang cara kehidupan kita tidak ubah seperti yang terpapar dalam trilogy The Matrix. Manusia ibarat boneka-boneka tidur yang hanya disedatifkan dengan nikmat dunia, terus hidup dalam khayalan. Bagi manusia yang sedar akan hakikat kehidupan mereka, mereka ibarat hidup di dalam neraka, sedang yang terus khayal bagaikan hidup di dalam syurga. Dunia itu ibarat neraka bagi orang beriman, dan syurga bagi orang musyrik.
Kerana itu dalam apa-apa yang kita lakukan, kita mesti berpada-pada. Liburlah, tetapi berpada-padalah. Ikut syariat dalam liburan, semoga Tuhan menerangkan kabus yang berada depan mata kita supaya kita tidak sesat. Matlamat kita adalah akhirat, bukan dunia. Dunia hanyalah ‘jalan’ utk ke destinasi akhirat kita; ia bisa jadi jalan mati, jalan bersimpang siur, jalan beronak duri, atau mungkin highway. ‘Jalan’ yang mana satu yang akan kita lalui, semuanya bergantung bagaimana cara kita ‘hidup’ di dunia.
SALAM UKHWAH BUAT SEMUA UMAT ISLAM.....
Pages
ALLAH YA RABB-

ISLAMIC CLOCK

Followers
Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
About this blog
Memahat cita-cita PU
Cita-cita adalah sesuatu
yang sangat mulia dan
ia juga dikategorikan
sebagai niat. Cita-cita
diikuti dengan perjuangan
yang bersungguh-sungguh
bagi mencapainya berbeza
dengan panjang angan-angan
yang hanya mimpi kosong
tanpa sebarang pergerakan.
Bila sesaorang itu ada
cita-cita yang besar ia
akan mendapat tentangan
dari persekitaranya kerana
semangat dalam dirinya
sudah tidak melihat lagi
besarnya rintangan yang
akan dilaluinya. Dia perlu
memakai pakaian sabar
untuk terus mengekalkan
cita-citanya kerana proses
kejayaan bukan satu hari.
Dia juga perlu menyabarkan
orang-orang yang
bersama-samanya agar
kuat berdiri mengharungi
badai yang terus menerjah.
Bila cita-cita sudah mula
menampakkan hasil
kepenatannya juga semakin
hilang bagai nakhoda
yang mula terpandang
kepada daratan.Bagitulah
bermulanya kejayaan mereka
yang telah memahat sejarah
dunia hasil dari sebuah cita-cita.
Oleh sebab itu hidup perlukan
cita-cita,perjuangan perlukan
cita-cita dan kejayaan
juga perlukan cita-cita.
Gantunglah cita-citamu
di bulan,nanti bintang
akan berguguran diribaanmu.
USAHAWAN HPA
usahawan bukannya manusia luar biasa
cuma usahawan luar biasa kerjanya
luar biasa ketabahannya
luar biasa tindakannya
luar biasa mindanya
bertemu usahawan itulah rezeki
kerana usahawan
membawa peluang
kepada yang mahu mengubah diri sendiri
hidup jiwanya bersama usahawan
fikir kejayaan fikir strategi
fikir kelemahan diri
bukan mencari
kelemahan orang lain
masa bagi usahawan paling penting menyusun,
merancang dan mengatur
yang paling penting usahawan tidak takut
dengan persaing
kerana usahawan sering bersedia
tetapi pesaing yang takut usahawan
kerana mereka gimik semata-mata
istilah gagal dan putus asa
tiada dalam kamus usahawan
dibalik gagal ada kejayaaan
putus asa pula pintu kekufuran
cita-cita usahawan cukup tinggi
kekadang usahawan dikatakan bermimpi
gerak kerja usahawan
penuh wawasan
pengalaman lampau
jadi degree usahawan
mengalahkan mereka
yang punya kelulusan
yang mampu merangcang,
tapi tiada pengalaman
kalau tidak
usahawan tidak boleh berada
dipuncak jaya memiliki
yang tidak dimiliki
usahawan bukannya manusia luar biasa
usahawan berdiri di atas kaki sendiri
usahawan punya idola sendiri
yang patut dicontohi
bahkan sejarah kejayaan
usahawan sendiri akan ditulis
orang suatu hari nanti
yang penting
usahawan manusia yang bertaqwa
banyak kebajikannya
banyak ibadah dan zikirnya
kuat perjuangannya
amat kasih usahawan
pada Rasulnya amat cinta usahawan pada Tuhannya
Blogroll
- KHALIFAH
- SUATU PERJALANAN MAYA
- MY BLOG
- CERITA AGAMA
- MYMETRO
- ISU HANGAT
- wanitamelayuseksa
- KEHIDUPAN KITA
- ChipChoclate
- ISLAM AGAMA SYUMUL
- ISLAMIC FINDER
- hadith-qunut-subuh-adalah-sahih
- ADUAN RAKYAT ONLINE
- KOLEKSI PUISI DAN PANTUN
- NEGARA BERKEBAJIKAN PAS
- doa-yang-ditulis-mengelilingi-arasy
- MASANYA MEMILIH JALAN LURUS
- GEMERLAPKAN HATIMU DENGAN CINTA ALLAH
- PENGURUSAN DEMAM
- NASYID ZONE
- KOLEKSI CERPEN & NOVEL
- BACA QURAN ONLINE
instrumental

Labels
- AGAMA (34)
- DIRI INI (14)
- HIDAYAH (7)
- HPA (6)
- INFO SEMASA (33)
- JUALAN (1)
- MUZIK-INSTRUMENTAL (1)
- NASYID (8)
- SANTAI (5)
- WANITA (8)
MESEJ ME
Powered by Blogger.
Popular Posts
-
Yo'ur My Destiny, Come Closer I Want To Hold Both Your Hands And Fall Asleep Next To You Yo'ur My Everyting You'll A...
-
Terjah pelik 1 Malaysia ghairah ilmu rahsia Tarikh lahir (horoskop astrologi China numerologi). Dengan Nama Allah Yang Maha...
-
Produk baru dari HPA. Kini di pasaran. PRODUK PUERARIA (HERBA WANITA) KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA 1. Menyeimban...
-
Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi ...
-
Assalamualaikum... Hissh..hati ni rindu je dengan kenangan lalu..huhu...tapi tak mengapa, setiap kenangan yang tercipta akan menjadi satu ...
-
Assalamualaikum....selamat pagi-dah merangkak ke tengah hari pun..hihihi.. Anda sihat hari ini..mulakan hari kita dengan ceria-ceria sela...
-
Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada tuan punya article...sebab memberi peluang untuk sama2 mengembangkan pendapat dan pandangan bg mel...
-
KHALIFAH: TANDA-TANDA KIAMAT KECIL TELAH LENGKAP SEMPURNA: Harus diingat, kita sudah pun ‘embrace’ kepada tanda-tanda kia...
-
Allah telah berfirman: “Makanlah dari yang baik (halal) dan kerjakanlah amalan yang saleh.” (al-Mu’minun: 51) Tuhan telah mem...
-
Lupa kepada Allah akan menambah kerugian, menghilangkan nikmat dan menghalangi pengabdian. Bahkan di samping itu, dapat pula menambah kede...
bunga api
WANITA SOLEHAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- ainjannah
- saya seorang yg simple.. boleh kita berkenalan untuk mengeratkan silaturrahim sesama islam...ataupun bukan islam.... (kawan apa salahnya)
SAYIDINA ALI ABU TALIB RA
1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.

1. Ilmu itu sebaik-baik pusaka.
2. Adab itu sebaik-baik sifat.
3. Taqwa itu sebaik-baik bekalan.
4. Ibadah itu sebaik-baik barang perniagaan.


MARI BERSEDEKAH
Total Pageviews
98400
Blog Archive
-
►
2012
(2)
- ► 09/30 - 10/07 (1)
- ► 06/24 - 07/01 (1)
-
▼
2011
(114)
- ► 12/18 - 12/25 (1)
- ► 12/04 - 12/11 (3)
- ► 11/20 - 11/27 (3)
- ► 11/13 - 11/20 (2)
- ► 10/30 - 11/06 (3)
- ► 10/23 - 10/30 (5)
- ► 10/16 - 10/23 (5)
- ► 10/09 - 10/16 (2)
- ► 10/02 - 10/09 (6)
- ► 09/25 - 10/02 (3)
- ► 09/18 - 09/25 (3)
- ► 09/04 - 09/11 (2)
- ► 08/21 - 08/28 (1)
- ► 08/14 - 08/21 (1)
- ► 08/07 - 08/14 (1)
- ► 07/31 - 08/07 (5)
- ► 07/24 - 07/31 (2)
- ► 07/17 - 07/24 (6)
- ► 07/10 - 07/17 (5)
-
▼
07/03 - 07/10
(16)
- Kita Makan Setiap Hari?.wmv
- KALAU DIA TAHU APA ITU PERJUANGAN
- YANG HALAL ITU BAIK
- Enam Orang Akan Masuk Neraka dengan enam sebab
- Ilmu 'Rahsia Tarikh Lahir' Dr Azizan Osman Sesat?
- Tenggelam dalam Iluminati. Apakah tujuan kehidupan?
- RINDU MERUNTUN HATIKU
- Syirik..ramai yang tidak sedar….maka bacalah!
- TAK FAHAM
- TAUBAT
- TIPU DAYA YANG TAK BERMORAL
- TANDA TANDA KIAMAT.....
- Gambaran Hari Kiamat..!! jangan lewati vidio ini.....
- Dunia Akhir Zaman part 2.
- Dunia Akhir Zaman part 1.
- LINK UNTUK SHARING
- ► 06/26 - 07/03 (2)
- ► 06/19 - 06/26 (12)
- ► 06/12 - 06/19 (1)
- ► 05/15 - 05/22 (3)
- ► 04/24 - 05/01 (1)
- ► 04/17 - 04/24 (1)
- ► 04/10 - 04/17 (4)
- ► 04/03 - 04/10 (1)
- ► 03/27 - 04/03 (1)
- ► 03/06 - 03/13 (1)
- ► 01/30 - 02/06 (4)
- ► 01/23 - 01/30 (3)
- ► 01/16 - 01/23 (1)
- ► 01/02 - 01/09 (4)
-
►
2010
(6)
- ► 12/26 - 01/02 (2)
- ► 12/19 - 12/26 (4)
0 comments:
Post a Comment