Monday, June 20, 2011 | By: ainjannah

Gelombang Kejayaan HPA.mpg

JAM TAWAF

MUTIARA KATA

“Sesungguhnya dunia ini manis dan hijau (menyegarkan). Dan sesungguhnya Allah menempatkan kamu di atas bumi, yang Allah melihat akan apa yang kamu kerjakan. Maka peliharalah dunia ini dan wanita, sesungguhnya pertama kali fitnah (bencana) yang jatuh kepada golongan Bani Israil (Yahudi) adalah dalam hal wanita.” – (Riwayat Muslim)
sesuatu yg dimimpikan tidak selalu menjadi kenyataan...tetapi apa yg tidak diduga selalu berlaku dengan tiba-tiba....

biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam...tetapi usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yg belum pasti untuk selama-lamanya...

"Berlakulah sederhana pada sesiapa juga, hingga orang yang di bawah kita akan menghargai dan orang yang di atas kita menyenangi."

********************************************
"Tiga Perkara yang akan melepaskan orang dari bencana: Takut kepada Allah pada waktu terang dan sunyi, sederhana pada waktu kaya dan waktu miskin serta berlaku adil pada waktu tenang dan pada waktu marah."

sabda NABI SAW

Dari Ma'qal bin Yasir r.a.,sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"lebih baik bagimu jika sebatang paku besi dipacakkan ke kepalamu daripada engkau menyentuh wanita yg tidak dihalalkan bagimu."(H.R:Thabrani Baihaqi)

kerana nila setitik....

(07/07/2010)
*pale aku sakit btul rasanya....badan pown rase sengal2x.....
*herm td cuti sakit pwut....esok rasanya demam kot....tahla....rasa cm nak demam lak....

(09/07/2010)
*hari ni konferm cuti sbb dah knferm demam....

*kepala rasa berat sgt.....pwut pown rase lapa...(03:00 pm) hakikatnye aku pose ....

*mane pegi kengkawan aku ni....sorang pown xnak tnya aku ni nk mkn ker....dah sihat ker....nak minta pape ker........herm...kesal sungguh rasa hati ini.....tiada siapa pown yg sudi tnya kabar aku sakit ke sihat ke....xpe2.....pale nak pitam bila bgun tido....biase demam cmni la....nk minta tolong...malas lak nak paggil...x pe la....biar la...
*aku wat kputusan bkk je pose....xsggup tahan sakit gi....satu bdn rasa lenguh semacam....panas x kebah2x...

*aku minum je air mineral ngn imt drink...mk kate leh kurgkan pns dlm...herm.....itupown aku gagahkan diri turun walaupown pale berat sgt....bila2 masa je leh pitam...xpe2...jgn sushkan org...aku xnk thutang budi...

*rasanya kalau aku mati...sowang pown x tau kot.....herm...inilah namanya kawan....

*time diorang sakit.....aku de gak tnya....dah mkn ubt ker....nak pesan makan ke x....blah..blah...blah.....

*tp xsgka time aku skit...sowang pown xnk tnye aku dah mkn ke blom ubt....bkn nye susah pown....bkn aku nak sushkan diorang g bli mkn kat aku..

*hya sekadar tnya saje.....itu pown x de......kesian btol la.....aku ni.....

*memang susah nk cari kengkawan sejati skg ni.....
betul la kata mak.....mane ade kawan yg prihatin kat kita masa kita sakit.....sbb tulah aku gagahkan
kaki kuarkan peluh...gi bli nasik....(06:00pm)...trus x jd pose....pewut minta diisi....

(09/07/2010)
* satu mesej ku terima pd seawal jam 08:00am....
*x nk keje ke....."nama"...... oi....xbgun2x gi....aku pown bknnye xnak bgun....cma nk mkesure bdn ni leh x wat keje....

*hati aku terhiris.....sedey sgt2x....bkn nye nk tnya dah sht ker.....bleh ke keje....

*ayt 2 btul2x mghiris hati aku....wlaupown mgkin die x bniat nak skitkan ati aku.....btul la owg ckp lidah lg tjam dari senjata...mmg mampu memberi kesan yg sgt dalam pada hati seseorang....

*saat ni..!!!!!!!!aku tanamkan azam!!!!!!!!!!...walaupown aku bkn lah sekejam itu.....

*buat baik berpada-pada...buat jahat jauh sekali....

*semua coretan diatas bkn lah bertujuan untuk menyakiti hati sesiapa..cuma luahan ketikpuasan hati jer....xsimpan dendam pown....aku ni bknnye pedendam....sekian...harap maklum.....*

MABUK CINTA

Dikisahkan dalam sebuah kitab karangan Imam Al-Ghazali bahawa pada suatu hari Nabi Isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedang menyiram air di kebun. Bila pemuda yang sedang menyiram air itu melihat kepada Nabi Isa a.s berada di hadapannya maka dia pun berkata, "Wahai Nabi Isa a.s, kamu mintalah dari Tuhanmu agar Dia memberi kepadaku seberat semut Jarrah cintaku kepada-Nya."

Berkata Nabi Isa a.s, "Wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu."

Berkata pemuda itu lagi, "Wahai Isa a.s, kalau aku tidak terdaya untuk satu Jarrah, maka kamu mintalah untukku setengah berat Jarrah."
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun berdoa, "Ya Tuhanku, berikanlah dia setengah berat Jarrah cintanya kepada-Mu." Setelah Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lama Nabi Isa a.s datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa, tetapi Nabi Isa a.s tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka Nabi Isa a.s pun bertanya kepada orang yang lalu-lalang di tempat tersebut, dan berkata kepada salah seorang yang berada di situ bahawa pemuda itu telah gila dan kini berada di atas gunung.

Setelah Nabi Isa a.s mendengat penjelasan orang-orang itu maka beliau pun berdoa kepada Allah S.W.T, "Wahai Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku tentang pemuda itu." Selesai sahaja Nabi Isa a.s berdoa maka beliau pun dapat melihat pemuda itu yang berada di antara gunung-ganang dan sedang duduk di atas sebuah batu besar, matanya memandang ke langit.
Nabi Isa a.s pun menghampiri pemuda itu dengan memberi salam, tetapi pemuda itu tidak menjawab salam Nabi Isa a.s, lalu Nabi Isa berkata, "Aku ini Isa a.s."Kemudian Allah S.W.T menurunkan wahyu yang berbunyi, "Wahai Isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraan manusia, sebab dalam hatinya itu terdapat kadar setengah berat Jarrah cintanya kepada-Ku. Demi Keagungan dan Keluhuran-Ku, kalau engkau memotongnya dengan gergaji sekalipun tentu dia tidak mengetahuinya."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia. 2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia. 3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.
Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Kecantikan Seorang Wanita

1. Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.

2. Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkhawin.

3. Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.

4. Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian diatasi dengan berkhawin dan sebahagian yang lain diatasi setelah dia masuk ke liang kubur.

5. Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.

6. Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.

7. Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.

8. Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.

9. Wanita bisa memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak bisa melupakannya.

10. Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.

11. Sebelum khawin, wanita hafal seluruh jawaban dan sesudah khawin, dia hafal seluruh pertanyaan.

12. Barangsiapa mengawini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.

13. Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.

14. Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.

15. Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.

16. Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.

17. Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.

18. Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkhawin.

19. Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.

20. Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.

21. Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.

22. Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara dengan suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.

23. Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.

24. Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.

25. Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.

26. Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.

27. Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki
mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.

28. Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang
ketiga diarahkan kepada suami.

29. Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.

30. Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.

31. Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Cinta Ustazah..

Cerita ini mengisarkan mengenai cinta seorang ustazah sekolah Menengah. Ustazah M pernah menngajar aku daripada form 4 hingga form 5 dalam subjek ape lagi kalau bukan subjek Agama Islam. Dan kerana dorongan ustazah inilah juga aku mendapat A dalam Agama Islam masa SPM dulu. Ustazah M seorang yang sangat peramah dan penyayang tetapi perawakannya agak kasar mungkin disebabkan tubuhnya yang agak bidang dan gempal. Aku sangat menghormati ustazah M sehinggakan aku mengganggap beliau seperti mentor dan ibu aku. Pengetahuannya yang luas dalam bidang agama khususnya feqah mencerminkan lagi keperibadian beliau yang muslimah sejati.

Dipendekkan cerita pada satu hari dalam kelas kami semasa subjek agama ustazah M bising-bising pasal isu “couple” yang semakin melarat di sekolah kami. Ustazah M cukup marah kalau dengar “couple-couple” ini tambahan lagi kalau dia tahu pelajar dari kelas dia yang terlibat. Sebabkan sayangkan kami pelajar-pelajar beliau daripada terjebak dengan cinta monyet yang belum tahu hujung pangkalnya beliau telah perdengarkan kisah cinta beliau atau lebih senang aku katakan kisah jodoh beliau dengan suami beliau sekarang.

Kami mula tertarik dengan cerita ustazah M yang umum tahu bahawa suami beliau ialah “negro”. Tetapi aku cuma dengar-dengar dari kawan yang pernah lihat yang suami ustazah adalah “negro” (pada tanggapan kami negro ni mesti hitam legam). Maklumlar ustazah M ni orangnya dalam kategori cantik, manis, lembut dan segalanya lah ciri-ciri muslimah sejati atau lebih senang aku katakan srikandi pilihan muslimat.

Ustazah M pun mula bercerita maka senyaplah seluruh kelas kerana mahu mendengar cerita ustazah M. Dulu semasa di universiti (luar negara) ustazah M pernah mengenali pemuda bernama ustaz K melalui usrah. Usahkan berjumpa tengok muka pun tak pernah ape lagi lar telefon. Mereka tidak pernah berhubung antara satu sama lain hanya sekali sekala menerusi ahli usrah yang lain. Selama 4 tahun mereka berkawan bukan bercinta tetapi hanya sekadara berkawan dan telah memasang impian untuk membina masjid sejurus tamat pengajian dan pulang ke Malaysia.

Setelah pulang ke Malaysia, ustazah M telah ditawarkan untuk mengajar di salah sebuah sekolah menengah di ibu negara (sekolah aku ler tuh). Seperti yang pernah dijanjikan maka ustaz K pun dengan seikhlas hati bersama keluarga menuju ke rumah ustazah M bagi membincangkan hal perkahwinan dengan keluarga ustazah M. Namun sejurus tiba di rumah ustazah M, kelihatan satu kumpulan warga arab atau lebih senang saya katekan kelompok negro keluar dari rumah ustazah M. Hati ustaz K makin berdebar dan pada fikirannya debaran itu mungkin kerana segan untuk meminang ustazah M.

Sebaik sahaja masuk ke rumah, Ayah ustaz K pun menyampaikan hajat anaknya dengan penuh rendah diri untuk menyunting ustazah M sebagai anak menantunya. Ayah ustazah M menerima pinangan tersebut dengan penuh kesyukuran tetapi ayahnya menyatakan pinangan ini merupakan pinangan yang kedua. Terkejut Ustaz K mendengar penjelasan bakal ayah mertuanya rupa-rupanya sekumpulan warga arab yang keluar tadi sebenarnya membawa pinangan. Ayah ustazah M menjelaskan beliau tidak dapat memberi jawapan kerana itu adalah hak anaknya untuk memilih bakal suaminya.

Maka di saat itulah ustazah M mendapat tahu bahawa beliau dipinang oleh 2 orang lelaki iaitu seorang berbangsa arab negro dan seorang lagi berbangsa melayu dan kedua-duanya islam. Hatinya terdetik untuk melihat wajah lelaki negro yang meminangnya dan setelah melihat foto tersebut beliau terduduk berisghtifar..hitam kulitnya susah nak digambarkan dan tiada langsung ciri lelaki yang digambarkannya jika dibandingkan dengan Ustaz K yang jauh lebih kacak. Hidung yang kembang, rambut yang kerinting keras, badan yang besar tetapi jauh di sudut hati ustazah tidak mahu mencerca makhluk ciptaan Allah. Beliau berisgtifar panjang dan beliau percaya setiap ciptaan Allah ada keistimewaannya.

Bermula pada hari itulah beliau mula berfikir siapa bakal suami yang patut beliau pilih. Jika diikutkan hati hendak sahaja dipilih ustaz K tak perlu pening kepala memilih sedangkan beliau tahu hatinya langsung tidak tertarik pada lelaki negro itu malah tidak terlintas pun difikirannya untuk menikahi lelaki negro itu. Beliau percaya setiap yang berlaku pasti ade asbabnya dan beliau merasakan jalan terbaik ialah bukan memilih dengan hati tetapi menyerahkan kepada Allah. Maka ustazah M mula melakukan solat sunat istikharah yang biasa beliau buat di universiti dahulu setiap kali hendak membuat keputusan.

Kebiasaan setelah melakukan solat sunat istikharah beliau akan mempunyai perasaan yang baik terhadap pilihannya atau bermimpi. Pernah semasa beliau melakukan solat sunat istikharah untuk membuat pilihan kursus apa yang patut beliau pilih dengan keputusan SPM yang cemerlang dan dalam mimpi beliau muncul mengenai pengajian islam. Tidak terlintas dalam fikiran beliau untuk mengambil pengajian islam dan cita-citanya untuk mengambil jurusan kedoktoran. Namun beliau percaya mungkin mimpi tersebut memberi jawapan kepada pilihan beliau. Maka beliau meneruskan pembelajaran beliau dalam bidang pengajian islam di luar negara dengan tajaan daripada Kerajaan.

Dan setelah melakukan solat istikharah pada hari pertama..kebiasasaan ustazah M akan melakukannya berhari sehingga beliau benar-benar yakin dengan keputusan beliau. Tetapi setiap kali beliau bermimpi......


Tetapi setiap hari selepas beliau buat solat sunat istikharah pasti beliau akan bermimpi terlihat bayangan ustaz K tetapi antara bayangan tuh terlihat bayangan lelaki negro tuh. Malahan setiap hari dalam mimpi ustazah tuh..bayangan lelaki negro tu makin hampir berbanding bayangan Ustaz K. Maka hati ustazah K semakin tidak tenteram seolah-olah menidakkan mimpi yang berlaku. Untuk menghilangkan rasa resah di hati beliau bercadang untuk bertanyakan pada orang yang lebih arif iaitu Lebai Osman (bukan nama sebenar) yang sering dijadikan tempat pertanyaan sekiranya beliau ade kemusykilan agama.

Lebai Osman pun menjelaskan yang mimpi yang dialami oleh ustazah itu adalah benar. Lebai menyatakan maksud mimpi tersebut secara tafsirannya bahawa kedua-dua lelaki yang hadir dalam hidup ustazah itu adalah lelaki yang baik dan soleh tetapi antaranya keduanya ternyata lelaki negro itu lebih baik dan boleh memimpin kamu dunia dan akhhirat. InsyaAllah pilihan kamu takkan salah dan Allah bantu kamu bagi mengenalpasti mana yang lebih buat kamu sedangkan Dia Maha mengetahui.

Setelah panjang lebar diterangkan oleh Lebai Osman lalu baliklar ustazah dengan hati yang lega walaupun bercampur rasa hiba. Namun setelah difikirkan masak-masak lalu ustazah M pun mengambil keputusan untuk menerima pinangan lelaki negro itu.

Dipendekkan cerita Ustazah M berkahwin dengan lelaki negro itu dengan hati yang redha. Namun selang beberapa bulan berkahwin dengan lelaki negro tu yang namanya Ahamd Karim Jabeer (bukan nama sebenar) ustazah M masih belum mendapat menerima kenyataan beliau berkahwin dengan lelaki negro itu. Memang fitrah manusia ustazah kate manusia suka memilih kepada kecantikan dan kesempurnaan. Dengan keadaan fizikal suaminya yang besar,hitam legam dan muka yang hodoh dan jauh kalau di”compare”kan dengan orang-orang melayu. Dan ustazah M juga tidak lari dari godaan syaitan yang selalu memburukkan suaminya agar dia ingkar terhadap suaminya.

Namun berkat ilmu yang dipelajari dan asuhan ibubapa bahawa suami wajib dihormati maka setiap kata dia taat pada suaminya namun rasa kasih sayang dan cinta terhadap suaminya masih belum terpaut walaupun sekelumit zarah. Mungkin kerana kehodohannya hati ustazah M susah untuk menerima.

Suaminya perasan bahawa ustazah masih lagi tidak dapat menerimanya dan beliau tahu kerana rupa paras nya yang hodoh menyebabkan isteri kurang mesra dengannya. Walau bagaimanapun suaminya tekad untuk mengambil dan mencuri hati isterinya. Setiap hari tidak pernah lepas dia membeli sejambak bunga untuk ustazah M. Dia tahu isterinya sering mengelak daripada berselisih dengannya kecuali ketika menyediakan makan dan pakaian masa itu sahaja yang dia dapat tatap wajah ayu isterinya. Mahu tidak mahu setiap kali isterinya berada dalam bilik atau setiap kali sedang bersolat pasti beliau akan panjat tingkap semata-mata ingin merenung wajah isterinya.

Betapa pilu hatinya kerana kehodohannya itu menyebabkan isterinya tidak dapat menerima beliau. Namun suaminya tidak pernah putus asa berdoa setiap hari memohon kepada Allah agar dilembutkan hati isterinya agar menerima dia seadanya. Ustazah M perasan yang suaminya selalu senyap-senyap mengintai beliau dan selalu membelikannya bunga,memasak untuknya.

Genap setahun perkahwinan mereka, satu hari terusik hati Ustazah M melihat kesungguhan suaminya yang tidak pernah kenal erti penat untuk menawan hatinya ialah ketika suaminya ingin mengintai beliau seperti biasa. Dia sengaja memerhatikan suaminya memanjat tingkap dan terlihat oleh ustazah M kesan luka yang amat dalam akibat tergesel dengan kepingan asbestos (atap). Mengertilah beliau bahawa setiap kali panjat pasti suaminya akan terluka. Dan beliau membayangkan setiap hari selama setahun suaminya memanjat semata-mata untuk melihat isterinya dari jauh. Hati ustazah M semakin sebak mengenangkan kesungguhan suaminya itu.

Pada suatu malam ustazah M hendak pergi ke tandas tiba-tiba beliau terdengar rintihan seseorang. Rupa-rupanya suaminya senang teresak-esak menangis menunaikan solat malam. Tersentak hati ustazah M sehingga tersandar di dinding mendengar doa yang dibaca oleh suaminya..


Ya Allah,

Ku Pohon Peliharalah Keselamatan dan Kesihatan Isteriku
Kau tenteramkanlah hati beliau ketika melihat wajahku
Andai kehodohanku menjadi hati isteriku tidak tenteram
Kau permudahkanlah beliau mengelak dariku

Ya Allah,

Aku bersyukur Kau temukan aku dengan bidadari dunia
Aku Redha dengan keadaan diri dan rupaku
Aku pohon bukakan sedikit ruang hati isteriku agar menyayangiku biarpun sedikit
Jadikanlah beliau temanku di Syurga Jannah menemaniku

..panjang lagi doanya dan itu antara ayat-ayat yang menyentuh hati ustazah sehingga terbuka hatinya menyayangi suaminya itu. Selang beberapa tahun kemudian mereka dikurniakan anak yang comel2 dan putih kulitnya. Sehingga kini ustazah M masih mengajar di sekolah yang sama dan hidup bahagia.

Selesai sahaja cerita itu..ramai yang teresak-esak menangis..tetapi moral cerita itu ustazah M nak sampaikan cinta sampai tahap gaban pun kalau kiter tak takde niat nak dirikan masjid dengan bakal isteri or suami dan takde usaha dan doa kepada Allah suatu hubungan itu susah untu berkekalan. Pokok pangkalnya niat ikhlas dalam suatu perhubungan. Wallahualam

P/S- sori kalau olahan citer tak menarik..tp cube sampaikan ape yang ustazah aku bgtau dulu..bape tahun dah tinggalkan sekolah..tp still keep in touch ngan ustazah M..he2

Buat semua warga kerja HPA.

 Dimana jua kita berada pada saat ini mudah-mudahan kita tergolong dalam kumpulan “hamba-hamba Allah yang soleh”, amin. Doa kesejahteraan khusus untuk anda (hamba yang soleh) dalam salawat Ibrahim terus menerus dipanjatkan dari jutaan bibir muslim dalam setiap detik dan waktu. Tenanglah hati dalam menghadapi apa jua dugaan hidup kerana tugas menjadi hamba itu menuntut sejuta kesabaran. Mereka yang kuat ujiannya terdiri dari rasul-rasul kemudian dituruti mengikut tahap keimanan masing-masing. Jika graf ujian ini di letakan sebagai neraca mengukur keimanan sudah tentulah kesakitan tubuh badan, tekanan fikiran dari setiap permasalahan hidup itu merupakan nikmat buat penyempurnaan sebuah keimanan.
Menjadi pekerja yang amanah.
Sebelum anda menerima sesuatu jawatan dalam HPA, fahamilah tentang peniagaan yang sedang diperjuangkannya itu. HPA adalah syarikat yang menjalankan aktiviti bisnis iaitu dunia niaga tanpa sempadan. “Tanpa sempadan” bermaksud tidak ujudnya sesuatu had niaga selagimana tidak bercanggah dengan al-Quran dan As- sunnah. Peniagaan ibarat suatu peperangan yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal agar tidak menyerah kalah dengan tekanan yang sedia ada. Kejayaan dalam bisnis ialah apabila lebih luas wilayah takluk niaga yang berjaya di tawan. Kesemuanya itu ditundukkan kepada hukum Allah yang telah lengkap sempurna.
Pergerakan anda mestilah seiring dengan misi syarikat dan tidak ada alasan yang boleh diberikan untuk menutup kelemahan yang mampu diubah. Anda merupakan seorang tentera yang siap siaga dimedan jihad bagi menentukan kejayaan pasukanya samada untung ataupun rugi. Kegagalan anda memahami hakikat ini akan menjadikan anda sentiasa lambat untuk bertindak dan menjadi gangguan kepada sebuah kemenangan.
Pekerja yang amanah sentiasa menyiapkan diri untuk diarah dan diperintah bagi missi khas bisnis. Dia tidak mencari alasan untuk tidak menyertai dalam mana-mana operasi yang di tentukan. Malah dia taat samada berada di saf awal sebagai pemimpin ataupun saf thani sebagai seorang pengikut. Menjadi imam pun ia tidak menolak dan menjadi makmum pun ia ikhlas beribadat. Pembentukan peribadi pekerja yang diharapkan sebegini sudah tentu tidak berlaku jika keluruhan bisnis itu hanya berkiblatkan kepada perjuangan benda(wang)semata-mata.
Jangan bekerja semata-mata kerana mencari wang untuk sara kehidupan didunia sedangkan saham akhirat kita rugi . Ciri-ciri pekerjaan yang baik itu ialah sesuatu usaha yang mendekatkan kita dengan akhirat bukannya yang mampu mengangkat pangkat ketahap yang paling tinggi. Bisnis dalam kacamata Islam dipandang sangat mulia dan sepanjang zaman keagungan Islam para peniagalah yang menjadi perncetus perubahan kepada sesuatu masyarakat. Generasi para sahabat yang menjadi para mubalig juga menggunakan uslub niaga.
Sejauh mana seorang pekerja itu amanah dengan pekerjaannya itu, bergantung sejauh mana ia memahami tentang ibadah dalam dunia niaga. Peniaga amat mudah melakukan penipuan terhadap pengguna tetapi lingkungan soleh yang mempengaruhi para peniaga telah mengubahkannya menjadikan peniagaan sebagai sebuah sekolah kehidupan. Kehidupan orang-orang solih yang mengharapkan untung itu berlaku didunia dan diakhirat. Pembentukan biah soleh ini telah menjadi dasar bisnis HPA sebagai support kepada system niaga yang sedia ada.

sampaikan pada yg lain juga.....tq..

BAKHIL

Petikan dari kata-kata Saiyidina Abu Bakar r.a yang bermaksud, Orang-orang yang terlalu bakhil mereka tidak akan terlepas salah satu dari tujuh kemungkinan ini iaitu:

  1. Allah memberikan kuasa kepada seorang pemerintah  yang zalim, lalu pemerintah itu akan merampas dan membinasakan hartanya setelah menjatuhkan maruah dirinya.
  2. Allah akan menimpakan keatasnya bencana dunia seperti berlaku kebakaran, kecurian, banjir, tenggelam dalam  tanah dan sebagainya.
  3. Setelah ia meninggal kelak, hartanya akan diwarisi  oleh mereka-mereka yang akan mempergunakannya pada jalan maksiat dan kemungkaran.
  4. Allah akan menimpakan suatu penyakit yang berpanjangan  sehingga ia terpaksa membelanjakan semua hartanya itu bagi mengubati penyakitnya.
  5. Dia menanamkan hartanya itu pada suatu tempat, lalu ia  sendiri terlupa sehingga tidak boleh menemuinya lagi.
  6. Terlintas dalam fikirannya untuk mendirikan suatu bangunan di atas tanah yang rosak, yang  mengakibatkan hartanya sendiri musnah.
  7. Allah s.w.t meninggikan syahwatnya  sehingga ia sendiri yang akan memusnahkan
Sumber : Laman Fauzynm

TIPS KECANTIKAN UNTUK WANITA SOLEHAH

Salam semua..kali ni saya saya nak bagi tips tentang kecantikan untuk wanita solehah, sebenarnya kecantikan fizikal ni takkan pernah kekalpun tapi kecantikan hati yang suci murni akan kekalkan anda selama-lamanya disana nanti. Apabila hati itu cantik maka insyaAllah segala-galanya akan cantik

" Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah"


1 . Bulu kening
Menurut Bukhari " Rasullulah melaknat perempuan yang  mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening) " Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari

2 . Kaki ( tumit kaki )
" Dan janganlah mereka ( perempuan ) membentakkan kaki ( atau mengangkatnya) agar diketahui perrhiasan yang mereka sembunyikan "An-Nur : 31
  • menampakkan kaki
  • menghayungkan/ melenggokkan badan mengikut hentakkan kaki
 
3 . Wangian
" Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya , maka wanita  itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina " Riwayat Nasaii , Ibn Khuzaimah dan Hibban

4 . Dada
" Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung  hingga menutupi dada-dada mereka " An-Nur : 31

5 . Gigi

" Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi  atau meminta supaya dikikirkan giginya " Riwayat At-Thabrani

" Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya  menjadi cantik ,yang merubah ciptaan Allah " Riwayat Bukhari dan Muslim

6 . Muka dan leher

" Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan  janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang  dahulu "
  • bersolek ( make-up )
  • menurut Maqatil : Sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah


7 . Muka dan Tangan

" Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan  memakai pakaian yang tipis . Sabda Rasullulah : Wahai Asma ! Sesungguhnya  seorang gadis yang telah berhaidh tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja " Riwayat Muslim dan  Bukhari

8 . Tangan

" Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu  lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal  baginya "  Riwayat At Tabrani dan Baihaqi

9 . Mata

" Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah  mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya " An Nur : 31

Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan  lainnya . Kamu hanya boleh pada pandangan yang pertama , ada pun pandangan  seterusnya tidak dibenarkan " Riwayat Ahmad , Abu Daud dan Tirmidzi
10 . Mulut ( suara )

" Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak  dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam  hatinya , tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik " Al Ahzab : 32

" Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang  mereka namakan dengan yang lain , iaitu kepala mereka dilalaikan oleh  bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan , maka Allah akan tenggelamkan
mereka itu dalam bumi " Riwayat Ibn Majah
11 . Kemaluan
" Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin , hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan  mereka (jangan berzina) "  An Nur : 31

" Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu , puasa di bulan Ramadhan , menjaga kemaluannya (tidak berzina) dan menta'ati suaminya , maka masuklah ia kedalam syurga daripada pintu-pintu yang  ia kehendakinya " Riwayat Al Bazzar

" Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya  bukan dirumah suaminya , melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya  dengan Allah " Riwayat T irmidzi , Abu Daud dan Ibn Majah 

12 . Pakaian
" Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan ,  maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan dihari akhirat nanti " Riwayat Ahmad , Abu Daud , An Nasaii dan Ibn Majah

" Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah  perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat  dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat . Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya " Riwayat Bukhari dan Muslim
  • Berpakaian tipis / jarang
  • Berpakaian ketat / membentuk
  • Berpakaian berbelah / membuka bahagian-bahagian tertentu
" Hai nabi-nabi katakanalah kepada isteri-isterimu ,  anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai  baju jilbab (baju labuh dan loggar ) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali . Lantaran itu mereka tidak diganggu . Allah maha pengampun lagi maha  penyayang " Al Ahzab : 59

13 . Rambut
" Wahai anakku Fatimah ! Adapun perempuan-perempuan  yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh  lelaki yang bukan mahramnya " Riwayat Bukhari dan Muslim

14 . " Bagi wanita-wanita yang memelihara dirinya dan  menta'ati suaminya , segala makhluk , burung yang terbang , ikan dilaut ,  malaikat dilangit , matahari dan bulan dan lain-lain memohon keampunan  Allah untuknya
Sunday, June 19, 2011 | By: ainjannah

rindu

hati ini pilu selalu..
adakah aku merindui kenangan lalu atau ini hanya kalalaian yg tiada diduga...
saban hari...aku membilang waktu...tiap detik yg berlalu pergi dari hidupku...
ternyata aku telah banyak sia siakannya...
mengapa aku terlalu alpa...leka menghitung detik yg berlalu sedangkan ia tidak terisi dgn sesuatu yg bernilai.....
aku ingin menangis mengenangkannya...namun semuanya sudah terlambat..
yg pergi takkan pernah kembali lagi..
aku merindui detik detik yg lalu..bersama teman yg mengenali siapa aku...
walau pahit yg kami tempuhi...namun manisnya terasa jua...
akan aku sematkan dalam hati ini...satu kenangan yg tidak akan aku lupakan sepanjang hayatku...
thanks kawan...kenangan pahit yg kita lalui..byk mengejarku erti dunia ini...