Tuesday, August 16, 2011 | By: ainjannah

PENENANG JIWA (BAB 5)-MEMERANGI NAFSU DAN SYAITAN

Sudah semestinya orang yang berakal memerangi keinginan nafsu dengan berlapar. Hanya lapar dapat menundukkan musuh-musuh Allah.
     Rasulullah SAW telah bersabda:
         "Sesungguhnya syaitan itu menjalar dalam tubuh manusia
           bagaikan aliran darah. Maka bendunglah aliran itu dengan lapar!"

     Sesungguhnya manusia yang paling dekat dengan Allah kelak pada hari Kiamat adalah orang yang paling kuat menahan lapar dan hausnya. Dan bahaya yang paling besar bagi manusia adalah syahwat perut. Sebab itulah Adam dan Hawa dikeluarkan dari Darul Baqa ke Darul Fana. Allah telah melarang keduanya memakan (buah) pohon. Namun mereka tidak tahan membendung segala syahwat.
    
   Sebahagian ulama mengatakan, "Barangsiapa telah dikuasai oleh nafsunya, maka dia akan menjadi hamba syahwatnya. Ia merengkuk dalam penjara kegilaannya. Dan hatinya semakin lalai. Barangsiapa menyirami bumi tubuh ini dengan syahwat, bererti dia telah menanam 'pohon' penyesalan dalam hatinya."
  
    Sesungguhnya Allah menciptakan makluk ada tiga bahagian. Dia menjadikan Malaikat hanya diberikan akal, tanpa diberi syahwat. Lalu Dia menjadikan haiwan dibekali syahwat tanpa akal dan Allah menjadikan manusia dengan diberi akal dan syahwat. Jika seseorang telah mengalahkan akalnya, maka haiwan lebih baik daripada dia. Namun barangsiapa menggunakan akal dan menundukkan syahwatnya, tentulah dia lebih baik daripada Malaikat.
   

 


     Ibrahim al Khawas telah meriwayatkan: Pada suatu ketika aku ke Gunung Lukam, ingin sekali aku mengambil buah delima. Kemudian kuambil satu dan kupecahkan. Namun apabila kumakan sedikit berasa masam. Maka kutinggalkan sahaja buah delima itu. Kemudian aku melihat seorang lelaki jatuh tersungkur dikerumuni lalat yang menggigit. Lalu aku menegurnya, "Assalamualaikum." Dia menjawab, "Waalaikumsalam, wahai Ibrahim." Kutanya dia, "Bagaimana engkau mengenalku?" Dia menjawab, "Barangsiapa yang makrifat kepada Allah tidak ada suatu samar baginya." Lalu aku mengatakan, "Kulihat engkau istimewa di sisi Allah. Mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari gigitan lalat itu?" Dia menjawab, "Akupun melihat engkau mempunyai keistimewaan di sisi Allah. Lalu mengapa engkau tidak memohon agar selamat dari syahwat (keinginan) terhadap delima? 

  Sesungguhnya lazatnya delima dapat mengakibatkan seseorang menderita di Akhirat. Sedangkan gigitan lalat hanyalah terasa di dunia saja. Gigitan lalat pada nafsu sedangkan gigitan syahwat itu pada hati!" Kemudian aku pun berlalu dari situ.

    Syahwat dapat membuatkan seorang raja menjadi hamba. Sedangkan sabar akan membuatkan budak menjadi raja. Tidakkah engkau dengar kisah Yusuf as dengan Zulaikha? Yusuf menjadi raja Mesir sebab kesabarannya. Dan Zulaikha menjadi hina, fakir dan lemah kerana syahwatnya. Zulaikha tidak sanggup menahan cintanya kepada Yusuf.
    
   Diceritakan bahawa Abul Hasan bertanya, "Wahai ayahku, betapa aku melihat engkau seperti ahli Neraka." Lalu dia menjawab, "Wahai anakku, nafsuku teleh menyeret aku ke Neraka. Maka takutlah engkau wahai anakku, terhadap tiupan nafsumu."

      Sungguh aku diuji empat perkara.
      Selalu menjeratku dalam binasa.
      Iblis,duni,nafsu dan syahwat.
      Bagaimana selamat, sedangkan mereka musuh semuanya.
      Kulihat syahwat dan keinginanku.

   Hatim al-Ashom berkata, "Nafsu tempat peristirehatanku, ilmu adalah pedangku dan dosa adalah kegagalanku sedangan syaitan itu musuhku. Aku dikhianati oleh nafsuku.
     Sebahagian ahli Makrifat berkata jihad itu ada tiga macam. Pertama, jihad melawan orang orang kafir. Ini jihad lahir. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:
                                "Mereka berjihad di jalan Allah..."  (Q.S. Al Maidah: 54)
     
   Kedua, berjuang menghadapi orang-orang yang menyebarkan ilmu dan hujah yang batil. Seperti yang disebutkan dalam firman Allah:
                  "Dan berbalahlah (berdebatlah) dengan mereka dengan
                    jalan yang terbaik."
                    (Q.S. An Nahl:125)

     Ketiga, berjihad melawan nafsu yang sentiasa menyerat pada kejahatan seperti yang difirman Allah:
                 "Dan orang-orang yang berjuang dalam (menunaikan hak) 
                   Kami, nescaya Kami tunjuki mereka ke jalan Kami..." 
                   (Q.S.Al Ankabut:69)

     Dan Rasulullah SAW bersabda:
            "Jihad yang paling utama adalah memerangi nafsu."

     Sesungguhnya para sahabat ketika pulang dari berperang menghadapi kaum kuffar, mereka berkata, "Kita baru pulang dari perang yang menuju ke perang yang lebih besar." Ini kerana mereka telah mendengar bahawa jihad melawan nafsu dan syaitan itu lebih besar lantaran jihad tersebut bersifat terus menerus. Sedangkan menghadapi kaum kuffar hanyalah sekejap dan jelas kelihatan. Sedangkan menghadapi nafsu syaitan tidak kelihatan. Padahal menghadapi musuh yang jelas kelihatan lebih mudah daripada musuh yang tidak kelihatan. Di tambah lagi syaitan mempunyai pembantu di pihak kita, iaitu hawa nafsu. Sedangkan kaum kuffar tidak mempunyai pembantu pada pihak kita. Jika engkau berjaya membunuh orang kafir, kamu akan mendapat harta rampasan. Namun jika engkau terbunuh engkau akan mendpatkan Syurga. Padahal jelas engkau tidak akan dapat membunuh syaitan. Tetapi jika engkau di kalahkan oleh syaitan, tentu akan mendapat seksa daripada Allah.
      
    Sebagaimana dikatakan, "Barang siapa kehilangan kuda sewaktu ia berperang, sekurang-kurangnya kudanya jatuh ke tangan kuffar. Tetapi barangsiapa kehilangan iman, tentulah dia mendapat kemarahan Allah. Dan barangsiapa tertangkap oleh pihak kuffar, tidak akan tangannya diikatkan dileher. Tetapi siapa yang jatuh ke dalam kemarahan Allah, mukanya akan menjadi hitam. Tangannya diikatkan ke leher dengan rantai. Kakinya diikat dengan tali api. Bahkan makanan, minuman dan pakaian adalah dari api."