Saturday, April 16, 2011 | By: ainjannah

Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a

Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Semoga diberi taufiq dan hidayah untuk kita memiliki kesemua sifat-sifat tersebut amiin…
Sunday, April 10, 2011 | By: ainjannah

Salahkah Menjadi Miskin?

Sebaik sahaja saya duduk di meja makan di kantin, seorang rakan sekerja ringan mulut bertanya,"Bagaimana dengan rumah baru? Sudah penuhkah isi rumah?"

Saya cuma tersenyum teringatkan mereka semua tertanya-tanya keadaan rumah baru saya yang kini saya duduki seorang diri. Mahu ber'uzlah', mengurangkan percakapan sia-sia dan yang sebetulnya dijemput tuhan untuk berpindah melalui mimpi dan gerak hati (walaupun ramai yang menyangka saya berjenaka apabila saya mengatakan datang seru dari mimpi kerana perpindahan saya sangatlah tiba-tiba dan tak ada pucuk pangkal, beyond explanation).

"Tak beli apa pun. Beli tilam sahaja. Mesin basuh pun tak ada. Yang lain macam orang bujang la. Buku–buku saja penuh rumah saya. Hihi"

Sebetulnya duduk di rumah baru itu sangat mencabar minda, fizikal dan ekonomi saya kerana tinggal seorang diri dan menuntut pengorbanan dari segi kehendak duniawi.

Di rumah lama, saya berkongsi dengan rakan-rakan, kelengkapan rumah semuanya lengkap, kerana masing-masing membeli bahagian masing-masing memenuhkan isi rumah.

Rumah lama juga sangat dekat dengan tempat kerja sampai hanya jalan kaki ke tempat kerja. Rumah baru lebih jauh, dan saya pula pergi ke tempat kerja sehari kadang-kadang berkali-kali untuk program itu dan ini dari pagi sampai ke malam, maknanya minyak kereta pun berkali-kali gandalah jadinya.

Berpindah ke rumah baru ibarat memulakan kehidupan baru. Yang ada cuma televisyen yang mana piring Astronya belum saya pasang di bumbung sehingga kini (dah lebih sebulan), rak buku serta beberapa barang-barang rumah lain yang sangat basic, kalau yang lengkap itu mungkin perencah nak memasak saja.

Ibu dan ayah yang sudah beberapa kali datang meninjau-ninjau rumah baru anak mereka ada juga cuba untuk memenuhkan isi rumah, katanya agar lebih selesa tetapi saya tolak kerana takut bahawa keselesaan akan menjadikan saya lagi malas. (Ada kipas kecil pun dah rasa tak mahu bangun tidur)

Dan rasanya itulah yang cuba Allah didik, ya! Tinggalkan kegilaan dunia yang tak pernah habis dan surut. Keinginan tidak akan pernah kenyang, bisikan-bisikan akan sentiasa datang mengatakan kita perlukan itu, ini, dan lain segala-galanya yang sebetulnya cumalah kehendak yang diada-adakan.

Saya yakin inilah jalan pilihan Allah untuk saya. Tinggal di rumah kecil ini dan menggunakan rezeki kurniaan Allah untuk apa yang perlu bukan apa yang saya nak. Kenapa semua orang sangat takut hidup susah? Teruk sangatkah jadi miskin?

Kisah Nabi

Menelusuri sirah dan menyingkap hikmah disebalik kehidupan manusia agung, cinta kedua kita setelah Allah s.w.t iaitu Muhammad bin Abdullah, penghulu kita di akhirat kelak, menimbulkan persoalan-persoalan yang tidak ada penghujungnya di kotak fikiran.

Persoalan-persoalan ini membuat saya bertanya,"Dimana cacat celanya sirah ini sehingga kita gagal membuka mata seluas-luasnya mengambil iktibar serta menjadikannya panduan kehidupan?"

Jawapannya tiada. Tidak ada.

Penyempurna Akhlak

Dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal, Tahun Gajah, Nabi Muhammad diutuskan bagi menyempurnakan akhlak manusia. Jika dikaji dan diikuti dengan teliti, setiap peristiwa yang terjadi di dalam hidup baginda tidak ada yang kebetulan sebaliknya penuh dengan pengertian dan sebab musababnya.

Pengajaran di Zaman Kanak-kanak

Ketika baru dua bulan di dalam perut ibunya, Allah s.w.t telah mewafatkan ayah Nabi, Abdullah bin Abdul Mutalib dan apabila menginjak usia 6 tahun, satu lagi tempat bergantung iaitu ibunya Aminah telah diwafatkan Allah.

Mengapakah Allah menghilangkan kasih sayang ibu bapa daripada Muhammad ketika beliau masih kecil? Ini tidak lain tidak bukan untuk mengajar Nabi dari kecil agar cekal dalam menghadapi kehidupan. Tambahan lagi, kecekalan dan kekuatan jiwa inilah yang akan diperlukannya kelak dalam menghadapi penentangan penyebaran dakwahnya kelak apabila diangkat menjadi Nabi.

Percaturan Allah dalam melakar kekuatan jiwa Muhammad s.a.w juga boleh dilihat dengan pemilihan Abu Talib sebagai penjaga Nabi setelah ketiadaan ibu bapa walhal terdapat anak-anak Abdul Mutalib yang lain yang dilihat lebih mampu memelihara Nabi kerana lebih kaya dan segi harta dan wang ringgit.

Namun hak penjagaan diberikan kepada Abu Talib, iaitu antara saudara termiskin ketika itu. Abu Talib sendiri mempunyai ramai anak tetapi dengan berbesar hati memelihara Nabi Muhammad s.a.w. Ibrahnya di sini Allah juga tidak mahu lelaki istimewa yang bakal menyeru umat manusia kepada Allah menjadi seorang pemimpin yang dimanjakan dengan wang ringgit dan harta kekayaan dunia.

Mengapa? Kerana mana mungkin seorang lelaki yang tidak tahu erti kesusahan dan kepayahan dalam hidup dapat menjadi seorang pemimpin yang memahami dalam erti kata benar-benar dapat menyelami hati pengikut-pengikutnya terutama yang serba daif dan kekurangan.

Berbeza dengan pemimpin hari ini yang mana pemimpinnya mempunyai harta melimpah-ruah serta rumah-rumah mewah tersergam indah laksana istana tetapi mengaku faham akan kesusahan rakyat.

Tidak sama, antara mengetahui dengan melihat, merasai, mengalami sendiri, dan menyangka anda memahami, setiap satu ini cukup berbeza pengertiannya antara satu sama lain.

Seorang pemimpin yang tidak mengamalkan gaya hidup zuhud, boleh sahaja menderma beberapa bahagian daripada hartanya kepada orang susah tetapi pulang ke rumah masih mampu tersenyum kerana masih mempunyai tilam empuk yang menyambutnya berpenat lelah bertemu rakyat.

Nabi Muhammad s.a.w tidak begitu. Malahan tidak ada orang yang lebih mengetahui pengertian kepayahan, kesusahan hidup melainkan baginda tetapi pada masa yang sama membesar sebagai individu yang cukup hebat akhlak, perlakuannya, tingkah lakunya, tutur katanya di kala dunia sekitarnya rosak remuk, redam digodam kejahiliahan manusia. Inilah manusia yang dijaga Allah s.w.t untuk memimpin kita beriman kepadaNya.

Tatkala dijaga Abu Talib, Nabi Muhammad juga tidak pernah berebut makanan dengan sepupu-sepupunya. Acapkali beliau hilang apabila tiba waktu makan, tetapi selalu menjadi yang terdahulu apabila menawarkan diri untuk membuat kerja.

Tidur dalam keadaan lapar juga merupakan satu kebiasaan bagi beliau. Indahnya akhlak Nabi adalah apabila baginda selalunya lebih lapar daripada sahabat-sahabat tetapi apabila ada yang menawarkan makanan, baginda tidak sanggup kenyang sendirian walaupun makanan itu hanya cukup untuk beliau dan beberapa orang sahabat sahaja sebenarnya.

Rahsia

Sedarkah kita sejak dari awal kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, Allah telah melukiskan sebuah kisah yang mana mengajar kita keyatiman itu bukan satu keaiban, kemiskinan itu tidak bermakna kemelaratan, dan kekurangan itu bukan satu kelemahan tetapi sumber kekuatan, kecekalan, acuan hebat dalam mencorak akhlak agung yang menjadi suri teladan sekalian umat.

"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu" (Al-Ahzab:21)

Lalu siapa yang mengajar kita bahawa miskin itu hina? Bahawa miskin itu rendah darjatnya? Bahawa kekurangan itu kecacatan. Tidakkah kita sedang ditipu oleh ideologi yang hebat menggasak ketamadunan manusia hari ini bahawa kaya bisa membuat kita bahagia, kaya bisa membuat kita dipandang mulia, kaya dan keselesaan hidup itu segala-galanya. Kita diajar malu menjadi miskin.

Mana mungkin Allah terlupa menyebutkan ini di dalam kitabNya seandainya inilah tujuan kita dijadikan, seandainya inilah kiblat tujuan kita dalam kehidupan ini, menjadi kaya sekaya-kayanya.

Kita takut dengan bayang-bayang kesusahan padahal itulah sebenarnya jalan untuk berkenalan dengan kisah hebat seorang rasul ulung walaupun tidak mungkin dapat kita rasai kesusahan seperti baginda.

An eye-opener

Perjalanan saya ke kawasan perumahan (di sebuah perkampungan terpencil), seorang pelajar yang amat akrab dengan saya membuka mata saya dengan lebih luas. Tidak saya sangka, rumah-rumah mereka terletak begitu dekat antara satu sama lain, persis kisah-kisah sinetron dari seberang yang ditonton dalam televisyen.

Dari luar, terpancar jelas kehidupan mereka serba kekurangan dan mereka ditinggal kemewahan moden yang telah menjadi darah daging di dunia luar.

Tidak lama kemudian ibu pelajar tersebut muncul, riak wajahnya hiba, barangkali terharu saya datang menjemput anaknya sehingga ke kampung mereka yang jauh dari bandar. Ketika bersalaman, terasa hangat tangan kasih seorang ibu mengharap saya menjaga anaknya seperti dia menjaganya setelah menitipkan pelajar itu kepada saya. Dia seakan-akan tidak mahu melepaskan tangan saya.

"Cikgu datanglah ke rumah nanti. Cikgu tidur di rumah kami ya?"

Ketika itu menjalar sejenis perasaan di hati saya, mungkin kagum pada masa yang sama terharu dan sebak. Teringat saya, pada hari sebelumnya pun pelajar itu beriya-iya mengajak saya bermalam di rumahnya.

"InsyaAllah lain kali saya datang ke rumah. Hari ni dah tak sempat. Sebab pengajian bermula 9 pagi, sekarang pun dah nak pukul 9"

Setelah ibu dah ayah itu melambai-lambai, kereta saya menderu laju memecah laluan sunyi ke bandar.

Sepanjang perjalanan ke masjid, perasaan saya jadi tidak menentu. Fikiran pula melayang jauh. Saya malu. Saya malu dengan kejahilan saya sendiri. Saya pernah malu dan berasa rendah diri kerana satu ketika dulu saya pernah merasa malu menjemput sahabat ke rumah kerana rumah saya tidak sebesar rumah mereka.

Di manakah kesyukuranku, ya Allah. Ceteknya akalku. Besarnya hati mereka. Ya Allah janganlah kiranya kau membiarkan dunia mengotorkan hati mereka yang bersih ini.

Penutup

Seandainya pintu hijrah terbuka, berhijrahlah. Berhijrahlah kerana Allah. Berhijrahlah kepada Allah. Tidak usah takut kepada kesusahan, kekurangan, kesempitan atau kesulitan. Bukankah rezeki itu milik Allah dan Allah juga yang mencukupkanmu?

Tidak pernahkah kau mendengar orang yang terasa kurang, sempit, sulit di dalam kecukupan malah kemewahan lantas merasa hidup kosong dan tidak berguna?

Ya Allah jauhilah kami dari tergolong dalam golongan sebegitu. Amin.

diambil dari...
Posted by are chik on April 09 2011 14:12:37

kalau tuhan tu baik, kenapa buat neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insafdan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka ? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan MahaPenyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Bisphenol A (BPA) AWAS SSSS Apa itu BPA?

BPA singkatan kepada sebatian kimia organik iaitu Bisphenol A.

Bahan ini digunakan untuk membuat plastik polikarbonat dan beberapa resin tertentu yang digunakan dalam produk harian contohnya bekas minuman guna semula, botol susu bayi, peralatan dental, peralatan sukan dan termasuklah CD dan DVD. Sifatnya jernih dan tahan.

Sebatian ini boleh menggangu sistem endokrin kerana ia hampir sama dengan hormon manusia yang dikatakan boleh menganggu kesihatan. Ia juga bersifat estrogenik - lebih kepada hormon wanita.

Pada 2010, pihak Food and Drug administration (FDA) USA telah menyatakan kebimbangan kesan BPA terhadap bayi dan kanak kanak. Pada bulan September, Canada menjadi negara pertama menyatakan bahawa BPA bersifat toksid sehubungan itu EU dan Canada telah mengharamkan BPA dalam pembuatan botol susu bayi. Ini berhubung kepada beberapa kajian yang dilakukan terhadap kesan Neuro, otak, kanser, reproduktiviti, dan beberapa kesan lain terhadap bayi.

Baru baru ini disiarkan di dada media , menurut pandangan Prof. Madya Mohd Pauzi Zakaria dari Jab. Alam Sekitar , UPM, BPA dan Nonylphenol memberi kesan negatif kepada kaum adam kerana ia boleh menukarkan ciri lelaki kepada wanita. (Opss ini bukan berita gembira bagi golongan 2 alam sorry kerana ia juga toksik.)

( hmm patutlah ramai bebudak gay hehe... mungkin lah kot)

Dalam science news laman web sciencedaily Ogos 26, 2010 menyatakan terdapat bukti bahawa BPA mengubah hormon dalam lelaki. Ia mengubah sedikit produksi sperma dan menganggu hormon lelaki. (Eh.. kalau ayam disuntik estrogen tu kita makan ada effect ker... musykil musykil. Peliharalah ayam kampung makan jagung)

Ini kerana kedua bahan kimia di atas mampu menghapuskan hormon semula jadi badan dan bersifat estrogenik - estrogen hormon wanita kann..

Sebelum itu juga saya ada terbaca terdapat botol susu bayi yang dibuat lebih selamat tidak mengandui BPA.

Melalui wikipedia, mengikut kod resin plastik yang biasa ada mark/tanda pada plastik macam segi tiga recycle tu, kod 07 dan 03 besar kemungkinan boleh melepaskan BPA kedalam minuman atau makanan yang dibekasnya. Plasik dengan kod 1 - 6 lebih selamat.

Terdapat kajian dibuat dan dipersetujui bahawa BPA boleh meningkatkan risiko kanser.

Jadi saudara saudari sekelian, bijak bijak lah jadi pengguna.
Sekarang internet mari kita boleh tahu dari apa bahan dibuat menggunakan kod.

AWAS telur pun boleh dibuat palsu dengan bahan kimia. Tapi ini bukan cerita palsu sila search BPA and health di google atau di wikipedia.