Wednesday, November 23, 2011 | By: ainjannah

Bacalah ,.. Sesungguhnya kita mudah lupa dan janganlah terus lupa



sekadar gambar hiasan

SEMUA BACA NI,, PENTING !!!!!

Cuba lihat kalender tahunan 2012, 1 Ramadhan pada ...
tahun 2012 jatuh pada 20 Julai, iaitu hari Jumaat, jadi 3 Ogos 2012 bersamaan dengan 15 Ramadan jaga pada hari Jumaat. Sama dengan 1 hadis Nabi Muhammad SAW tentang huru-hara besar yang akan terjadi pada tengah malam, pertengahan bulan Ramadhan iaitu pada hari Jumaat 15 Ramadhan di bumi ini. ... 

Huru-hara yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur... 1 suara yang sangat dahsyat akan kita dengar dari langit, bukan kiamat tetapi huru-hara tersebut akan mlenyapkan umat manusia diatas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal hanya 1/3 saja.

Menurut kajian NASA, pada 21-12-2012 ,.. 1 planet yang dikenali planet X akan melintasi bumi. Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 itu..? Adakah peristiwa itu akan terjadi pada 2012..? Hanya ALLAH SWT yang Maha Mengetahui.. 

Yang penting kita perbanyakan ibadah & berdoa agar kita termasuk dalam golongan yang dilindungi ALLAH SWT, jika mati biarlah kita mati dalam Islam & beriman.. Apa pun, peristiwa itu pasti akan berlaku mengikut hadis Nabi Muhammad SAW di bawah:

Dari Nur'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sahabatnya bahwa Rasulullah
SAW bersabda:
" Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadihuru-hara di bulan itu...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah..? " Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan pada malam Jumaat, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri
jatuh terduduk, pra gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jumaat di tahun terjadinya bnyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan sholat Subuh pada hari Jumaat, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga-telinga kalian,... Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada ALLAH SWT. 

*Subhanallah.....
Monday, November 21, 2011 | By: ainjannah

Beribu Malaikat Iringi Turunnya Ayat Kursi






AYAT KURSI diturunkan pada satu malam setelah hijrah Rasulullah SAW. Menurut sebuah riwayat, ketika ayat kursi diturunkan, ianya disertai dengan beribu-ribu malaikat sebagai pengiring kerana kebesaran dan kemuliaan ayat berkenaan.

Pada masa itu, Iblis dan syaitan jadi gempar kerana adanya satu alamat yang jadi pendinding kepada kerja jahat yang jadi tugas mereka. Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan kepada penulis al-Quran, Zaid Tsabit agar segera menulis dan menyebarkannya.

Untuk itu, terdapat 95 buah hadis yang menjelaskan fadhilat ayat kursi. Ayat ini disebut ayat kursi kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘kursi’ yang bermaksud tempat duduk Allah SWT tetapi, adapun kusri itu cuma sebagai syiar atas kebesaran Allah SWT semata-mata. Allah SWT tidak duduk, apa lagi memerlukan tempat duduk sebagaimana kita manusia. Maha Suci Allah daripada di samakan dengan seseorang dalam hal berkenaan.

Allah SWT menjadikan kursi meliputi tujuh petala langit dan bumi. Kebesaran kusi adalah umpama serumpun pohon di tengah padang pasir yang luas. Di samping kiri dan kanannya diciptakan pula kursi-kursi kecil untuk menambah keindahan dan kekuasaannya. Pada setiap kursi kecil itu duduk malaikat yang membaca ayat kursi. Dan para malaikat juga akan mencatat pahala orang yang membaca ayat kursi.

Sesiapa yang membaca ayat kursi dengan khusyuk setelah selesai solat fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar rumah, setiap kali masuk tidur dan bermusafir, InsyaAllah ia akan mengamankan orang itu dari godaan syaitan, kejahatan manusia serta binatang yang memudharatkan, terpelihara dirinya, keluarganya dan harta-bendanya dengan izin Allah SWT.

Terdapat keterangan dalam kitab Asrarul Mufidah, sesiapa yang mengamalkan membaca ayat kursi – setiap kali sebanyak 18 kali, insyaAllah dia akan hidup dengan jiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan pelbagai hikmat, dimudahkan rezekinya dan dinaikkan martabatnya, diberikan kepadanya pengaruh sehingga orang menghormatinya dan dipelihara ia oleh Allah SWT daripada segala bala bencana.

Syeikh Abul Abbas al-Bunni menerangkan: ‘Sesiapa yang membaca ayat kursi sebanyak 50 kali, kemudian ditiupkan kepada air hujan, kemudian ia meminumnya, maka insyaAllah Tuhan akan mencerdaskan akalnya dan memudahkannya faham pada pelajaran yang dipelarinya’.

Sementera itu, sesiapa yang membaca ayat kursi sesudah sembahyang fardhu, Allah SWT akan mengampuni dosanya dan sesiapa yang membacanya sewaktu hendak tidur, maka dengan izin Allah ia akan terpelihara dari gangguan syaitan. Dan sesiapa yang membaca ayat kursi ketika ia sedang marah, maka akan hilanglah rasa marahnya.

Catatan:
Sebenarnya terlalu banyak fadhilat dan faedahnya membaca ayat kursi sebagaimana yang diajarkan oleh para ulama muktabar (bukan ulama politik) yang harus kita jadikan pedoman serta amalan harian. Sesungguhnya ayat kursi itu adalah pelindung penting yang diturunkan Allah SWT melalui malaikat dan RasulNya untuk digunapakai oleh manusia yang beriman.


~ Mencari Cinta Ilahi ~

TEKTIK BARU PENCURI

" AMARAN DARI PIHAK POLIS - BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA

-- CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN ) Sedarlah semua! Tolong sebar2kan... ... . Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur.

Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita.. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi.

Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda.

Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!


BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN


Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini.

Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Zaman la mcm2 boleh jadi.Kena banyak beringat