Friday, July 15, 2011 | By: ainjannah

PENENANG JIWA (BAB 1)-TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T

Tersebut dalam sebuah hadis. Dari Rasulullah SAW, baginda bersabda:
    "Sesungguhnya Allah menciptakan Malaikat.Sayapnya yang sebelah mencapai bumi bahagian
      timur. yang sebelah lagi mencapai bumi bahagian barat. Kepalanya di bawah Arasy dan kedua
      kakinya di dasar bumi ketujuh. Ia mempunyai bulu sebanyak bilangan makhluk ALLAH.
    Ketika seorang lelaki atau perempuan daripada umatku membaca selawat kepadaku, maka
   ALLAH memerintahkan Malaikat itu agar menyelam ke dalam lautan dari Nur dibawah Arasy.
   Malaikat yang menyelam itu kemudian keluar dan mengibas-ngibaskan sayapnya sehingga
   setiap bulu menitis setitis Nur. Daripada setiap titisan itu ALLAH menjadikan Malaikat yang
   memohonkan keampunan bagi orang tersebut sampai Kiamat."

    Setengah hukama mengatakan, "Keselamatan jasad terletak pada sedikitnya makan. Keselamatan roh pada sedikitnya dosa. Dan keselamatan agama terletak pada membaca selawat kepada 'Khairil Anam' (Muhammad SAW)"

     Allah SWT berfirman:

     " Wahai orang orang yang beriman, takutlah kepada Allah! Dan hendaklah (tiap-tiap) orang
       memperhatikan apa yang diusahakan besok (hari Kiamat). 
       Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa-apa yang kamu
      kerjakan."
      (Q.S Al Hasys:18)


       Sesungguhnya Malaikat, langit, bumi, siang dan malam. Pada hari Kiamat, mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin dan zahid, seraya berkata, " Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku." Maka legalah orang mukmin dan zahid itu. Ia memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan haram." Bumi itu akan membantah pengelakannya ketika dihisab.

    Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul-Laits telah berkata,
    Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalm tujuh perkara."
    Pertama, pada lisannya. Dia menhindarkan daripada dusta,ghibah, menyebar fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap. Malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca Al-Qur'an dan muzakarah ilmu.
    Kedua, pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan kebaikan.
Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:
                     " Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."
 
      Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.
         Ketiga, pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.
       
      Rasulullah SAW telah bersabda: 
    "Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, makan Allah akan memenuhinya
    daripada api pada hari Kiamat."


    Keempat, pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram. Itu dosa besar. Sebagaimana
     Nabi SAW bersabda: 
   " Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat 
     di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam 
     perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

     Kelima, Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat kepada Allah.

       Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata : 
    " Sesungguhnya Allah SWT telah menciptakan bangunan dari zabarruj hijau. Didalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ, selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada Allah."

    Keenam, pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat kepada Allah, mencari keredhaan-Nya serta untuk bargaul dengan para ulama, orang-orang soleh.
   Ketujuh, terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allh. Takut pada riak dan munafik.
    Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, makan dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT:

     " Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)."
       (Q.S Al Hijr:45)




Seolah-olah Allah mengatakan, "Sesungguhnya pada hari Kiamat mereka selamat daripada api Neraka."
   Dan seharusnya seorang mukmin harus berada di antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkannya. Sebagaimana termaktub dalam firman Allah:

    " Jangan engkau berputus asa terhadapt rahmat Allah." ( Q.S Asy Syura:28)

   Dia harus senantiasa menyembah kepada Allah. Menghentikan perbuatan buruk. Serta bertaubat kepada Allah.
   Hikayat: Pada suatu hari Nabi Daud as duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba dia melihat  ulat merah. Maka dalam hati dia berkata: Apa kiranya kehendak Allah pada ulat ini?" Maka dengan izin Allah ulat itu berbicara seraya berkata, Wahai Nabi Allah! Di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'Subhanallah Walhamdulillah Wala-Ilaha Illa Allah' seribu kali. Sedangkan di malam hari Tuhan mengilhamkanku agar membaca ' Allahumma Solli ala Muhammadini Nabiyyil Ummiyyi Wa'ala alihi Wasohbihi Wa sallam' seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?"Maka Nabi Daud as amat menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada Allah, lalu bertaubat dan bertawakal kepada-Nya.
   Nabi Ibrahim Al Khalil as tatkala mengingatkan kesalahannya, berasa amat sedih dan risau hatinya. Kemudian Allah mengutuskan Jibril as datang kepadanya seraya berkata, " Allah kirim salam kepada engkau dan berkata, " Adakah engkau melihat seseorang takut kepada kekasihnya?" Kemudian Jibril  as menjawab,
"Jika aku ingat kesalahanku dan memikirkan seksaan-Nya, maka lupalah bahawa aku kekasih-Nya."
Demikianlah akan keadaan para nabi, wali, orang soleh dan orang-orang zuhud.

(petikan dari buku PENENANG JIWA-pengubatan & rawatan )
IMAM AL GHAZALI- terjemahan kitab MUKASHAFAH AL QULUB

0 comments:

Post a Comment