Monday, October 31, 2011 | By: ainjannah

SOKONGAN HUDUD TERLAKSANA-INSYAALLAH-AMIN




.
Assalamualaikum...
     


      Saja-saja nak share pandangan tentang hukum hudud ni..Sangat bagus untuk dilaksanakan kerana sebuah negara Islam 'wajib' ada hukum yang berlandaskan Islam..Al Quran dan As Sunnah yang telah tercatit lama sejak 1400 tahun yang lalu. Kenapa masih ada umat Islam yang tidak mahu melaksanakan hukum ALLAH ni sedangkan ALLAH telah meletakkan JAMINAN bahawa perlaksanaan ini mampu membentengi gejala sosial sepertimana yang telah ALLAH berikan kemuliaan kepada masyarakat Jahiliah dahulu hidup berlandaskan AGAMA ISLAM..lalu mereka menjadi HAMBA yang BERSYUKUR.....

Tetapi sekarang kita UMAT ISLAM sendiri tolak hukum ALLAH..macam mana kita nak kata yang kita ISLAM sepenuhnya....
CONTOHNYA: Seorang doktor memotong kaki seorang pesakit kencing manis kerana dengan itu dapat menyelamatkan anggota badannya yang lain..adakah SALAH tindakan yang doktor tu lakukan walaupun hakikatnya pesakit itu tidak mahu 'rela' kakinya dipotong..(cerita Ustaz Fitri Abdullah)..Begitulah juga sistem HUDUD...Allah SWT telah memberi jaminan pada kita bahawa sekiranya sistem atau Hukum ALLAH ini terlaksana maka 'penyakit' (merompak/mencuri/zina) dan sebagainya ini akan dibentengi dengan kuasa ALLAH SWT...

Maka kita seharusnya menyokong untuk meneruskan sistem ini walaupun hari kemudian milik ALLAH...Kita harus meletakkan keyakinan kita kepada ALLAH SWT untuk menjaga keselamatan generasi kita di kemudian hari. Bukan berdasarkan sistem dan undang-undang Sekular buatan manusia ni. Manusia tidak mampu menjaga keselamatan manusia lain melainkan dia hanya mampu berserah kepada Kuasa ALLAH SWT sahaja..

Fikir-fikrkanlah...Semoga ALLAH SWT sentiasa merahmati kita semua...InsyaAllah..amin..ya RAB..

sekian..Wassalam

0 comments:

Post a Comment