-Gambar Sekadar Hiasan-
CARA MENGENALI PERNIAGAAN YANG MENGGUNAKAN PELARIS
Cara
mudahnya nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi
3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka
tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh
kiri pooh kanan.he..he.. Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm
ustaz Ismail Kamus ajar)
Sekiranya ada pelaris di kedai
tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin
menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan
dikedai tersebut.
Beberapa cara di bawah bolehlah diamalkan untuk mengelak sihir :-
1) Al-Fatihah.
2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين
, حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود
والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku :
“Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah
al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan
kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika
Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh,
no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan
Sohih, An-Nawawi : Sohih.
0 comments:
Post a Comment