Cita-cita adalah sesuatu yang sangat mulia dan ia juga dikategorikan sebagai niat. Cita-cita diikuti dengan perjuangan yang bersungguh-sungguh bagi mencapainya berbeza dengan panjang angan-angan yang hanya mimpi kosong tanpa sebarang pergerakan. Bila sesaorang itu ada cita-cita yang besar ia akan mendapat tentangan dari persekitaranya kerana semangat dalam dirinya sudah tidak melihat lagi besarnya rintangan yang akan dilaluinya. Dia perlu memakai pakaian sabar untuk terus mengekalkan cita-citanya kerana proses kejayaan bukan satu hari. Dia juga perlu menyabarkan orang-orang yang bersama-samanya agar kuat berdiri mengharungi badai yang terus menerjah. Bila cita-cita sudah mula menampakkan hasil kepenatannya juga semakin hilang bagai nakhoda yang mula terpandang kepada daratan.Bagitulah bermulanya kejayaan mereka yang telah memahat sejarah dunia hasil dari sebuah cita-cita. Oleh sebab itu hidup perlukan cita-cita,perjuangan perlukan cita-cita dan kejayaan juga perlukan cita-cita. Gantunglah cita-citamu di bulan,nanti bintang akan berguguran diribaanmu.
USAHAWAN HPA
usahawan bukannya manusia luar biasa cuma usahawan luar biasa kerjanya luar biasa ketabahannya luar biasa tindakannya luar biasa mindanya bertemu usahawan itulah rezeki kerana usahawan membawa peluang kepada yang mahu mengubah diri sendiri hidup jiwanya bersama usahawan fikir kejayaan fikir strategi fikir kelemahan diri bukan mencari kelemahan orang lain masa bagi usahawan paling penting menyusun, merancang dan mengatur yang paling penting usahawan tidak takut dengan persaing kerana usahawan sering bersedia tetapi pesaing yang takut usahawan kerana mereka gimik semata-mata istilah gagal dan putus asa tiada dalam kamus usahawan dibalik gagal ada kejayaaan putus asa pula pintu kekufuran cita-cita usahawan cukup tinggi kekadang usahawan dikatakan bermimpi gerak kerja usahawan penuh wawasan pengalaman lampau jadi degree usahawan mengalahkan mereka yang punya kelulusan yang mampu merangcang, tapi tiada pengalaman kalau tidak usahawan tidak boleh berada dipuncak jaya memiliki yang tidak dimiliki usahawan bukannya manusia luar biasa usahawan berdiri di atas kaki sendiri usahawan punya idola sendiri yang patut dicontohi bahkan sejarah kejayaan usahawan sendiri akan ditulis orang suatu hari nanti yang penting usahawan manusia yang bertaqwa banyak kebajikannya banyak ibadah dan zikirnya kuat perjuangannya amat kasih usahawan pada Rasulnya amat cinta usahawan pada Tuhannya
Saidatina
Aisyah RA pernah BERPESAN :"Sebaik-baik WANITA adalah yang tidak
memandang dan dipandang"jangan merasa BANGGA dengan kecantikanmu
sehingga kau dikejar jutaan lelaki..itu BUKAN KEMULIAAN..bila kau berasa
bangga,menyamakan dirimu dengan pepasir di pantai,yang boleh DIPIJAK
dan DIMILiKI siapa saja..muliakanlah dirimu dengan TAQWA setanding
mutiara Zabarjad,yang hanya mampu dimiliki penghuni syurga.
0 comments:
Post a Comment